RSS Suria

Gadis baru habis SPM ‘sakit jiwa raga’ disuruh jaga adik-adik di rumah… Nak kerja tak boleh, keluar lepak pun dihalang!

DILIMPAHI kasih sayang serta perhatian daripada ibu bapa adalah antara perkara yang paling diidamkan oleh setiap anak.

Namun, anak-anak pastinya akan memberontak jika ibu bapa terlalu melindungi hingga menyekat kebebasan mereka untuk melakukan perkara yang disukai.

Di TikTok, seorang gadis tular selepas berkongsi kisah hidupnya yang tidak dibenarkan bekerja dan hanya duduk di rumah untuk menguruskan adik-adiknya.

Photo: 123rf.com

Anak-anak sepatutnya bersyukur jika mereka dikurniakan ibu bapa yang tegas. -Gambar hiasan

“Saya nak kerja tapi mak ayah tak bagi. Suruh duduk rumah uruskan hal keluarga. Jaga adik-adik. Mak ayah keluar kerja.

“Kadang-kadang fikir kenapa aku dilahirkan hanya untuk sakit jiwa raga? Aku penat setiap malam menangis. Mak ayah strict,” dakwanya.

Menurut gadis itu, dia juga tidak dibenarkan untuk keluar bersosial seperti rakan-rakan yang lain.

Saya hanya inginkan ketenangan hidup dan kegembiraan, bukannya dihalang.

ANAK DIKONGKONG

“Sayanak bebas pun tak boleh. Kawan nak jemput pakai kereta pergi mana-mana pun tak bagi. Apa yang mereka izinkan dalam hidup saya?

“Saya nak kebebasan bukan daripada segi bebas keluar balik ataukeluar dengan lelaki…itu bukan selera saya. Saya masih ada maruah diri.

“Saya hanya inginkan ketenangan hidup dan kegembiraan, bukannya dihalang,” tulis gadis itu yang baru menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Perjudian cinta yang sia-sia, wanita ini dikongkong sejak tingkatan enam.. Asyik jadi ‘mesin ATM’ teman lelaki tak sedar diri

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita umur 24 tahun teruk dikongkong, mak ayah tak izin keluar bekerja! Ramai syak jenis licik, kena ‘kepung’ tetap ada pakwe

Hingga kini hantaran yang dimuat naik oleh gadis itu di aplikasi TikTok menerima lebih 100,000 tontonan.

Malah, ia turut dihujani komen netizen termasuklah yang meminta agar dia bersyukur kerana masih dilindungi orang tuanya.

“Ingat jangan salahkan orang tua. Saya sangat bersyukur dapat mak ayah strict. Sebab banyak perempuan hilang arah kerana pergaulan buruk.

“Jadi anak kepada mak ayah yang strict lebih baik sis. Percayalah, awak akan bersyukur di kemudian hari.

SPM written test. SMK Seksyen 7, 1, Jalan Platinum 7/37, Shah Alam Shah Alam Selangor, Malaysia Rep: Sandya. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Anak-anak biasanya akan mula memberontak ketika mereka di usia remaja. -Gambar hiasan

“Satu hari nanti awak akanfaham kenapa ibu ayah sangat tegas dengan awak. Jangan bebas sangat di dunia ini, nanti awak terpesong ke arah tidak baik,” tulis netizen.

Pada masa sama, ramai juga netizen yang bersimpati dengan nasib pengadu dan tidak bersetuju dengan kaedah ibu bapanya dalam mendidik anak.

“Saya benci keluarga yang tegas. Sepatutnya kena biarkan anak-anak nikmati usia remaja.

“Rupanya ramai yang macam ni. Jom buat grup,” tulis netizen lagi.

Scroll to Top