SESI temu duga adalahmomen yang begitu mendebarkan buat calon-calon yang datang memohon pekerjaan.
Namun tidak bagi seorang gadis cantik iniyang begitu yakin dan bersahaja ketika menghadiri sesi temu duga di sebuah syarikat bagi mengisi kekosongan jawatan.
Perkara itu disaksikan sendiri seorang wanita yang mengendalikan sesi tersebut bersama gadis berkenaan.
Seorang gadis berminat menghadiri sesi temu duga selepas melihat iklan jawatan kosong. -Gambar hiasan
“Saya ada post iklan jawatan kosong siapdengan butiran skop pekerjaan dan jawatan.
“Sewaktu saya mengendalikan sesi temu duga, datanglah seorang gadis yang cantik. Diakelihatan menarik dan berpenampilan kemas. Tapi… ada tapi okey,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Calon usung mak ayah datang temu duga kerja, siap ikut masuk bilik HR… Wanita serba salah nak tegur suruh keluar
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri menyibuk ikut masuk sesi temu duga kerja, suami tebal muka mohon maaf lepas ditegur… Siap jeling sebelum keluar!
Namun kata penemu duga itu, dia terkejut apabila si gadis cantik itu hanya datang berlenggang tanpa membawa resume.
“Tapi dia datang lengang kangkung. Bila suruh perkenalkan diri, si cantik manis itu cakap…saya dah email resume saya. Adakah saya patut untuk perkenalkan diri?
Sangat tidak wajar datang untuk temu duga kerja tanpa membaca iklan dan tiada persediaan.
PENEMU DUGA
“Krik krik krik…keadaan bilik temu duga senyap seketika. Apabila dia melihat saya tidak terkata, dia mula perkenalkan dirinya yang membuatkan saya lebih tergamam.
“Dia beritahu nama dia, kemudian sambung dengan sekolah di mana, berapa adik-beradik. Kemudian dia sambung warna kegemaran, hobi… dan saya masih mendengar,” ujarnya.
Setiap pekerjaan ada cabaran dan dugaannya. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu lagi, segala-galanya berubah sebaik mendengar soalan yang diajukan gadis berkenaan secara tiba-tiba.
“Apabila dia mula tanya…sebenarnya saya nak tahu ni syarikat apa dan jawatan apa ye?“katanya yang mengimbas kembali perbualan tersebut.
Sikap gadis yang menjengkelkan itu membuatkan dia tanpa berfikir panjang menghentikan sesi temu duga berkenaan serta-merta.
“Tak apalah dik, awak balik. Awak akan dapat tawaran lebih baik. Dan satu nasihat saya…adalah sangat tidak wajar datang untuk temu duga kerja tanpa membaca iklan dan tiada persediaan.
“Tapi dalam hati saya macam… beraninya kau datang temu duga, lepas tu tanya pula aku jawatan apa yang aku tawarkan?
“Astagfirullah. Tarik nafas panjang-panjang. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun,” katanya lagi.