RSS Suria

Amyra Rosli menangis kenang misi berbasikal Amar Baharin, tiba-tiba rasa tak kuat

PELAKON Amyra Rosli mengalirkan air mata apabila mengenangkan suaminya iaitu aktor Amar Baharin bakal memulakan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah tidak lama lagi.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 34, berkata, dia tidak kuat apabila memikirkan perjalanan bakal dilalui Amar lebih-lebih lagi selepas melihat persiapan dilakukan suaminya itu.

“Tengok suami dah set up macam ini, macam tak kuat pula,” katanya.

Amar berkongsi persiapan untuk berbasikal ke Tanah Suci.

Amar berkongsi persiapan untuk mengayuh basikal ke Tanah Suci.

Amyra berkongsi perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Khamis.

Pelakon itu mengalirkan air mata ketika membuat panggilan video apabila Amar menunjukkan basikalnya kepada Amyra.

Menjawab hantaran yang dikongsi, Amar memohon Amyra untuk mendoakan agar perjalanannya ke Tanah Suci dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kayuh basikal 8,000 kilometer ke Makkah, isteri dan anak-anak tunggu Amar Baharin di Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN:Amyra Rosli tak sekat kebebasan Amar Baharin, tapi ada syarat kena patuhi

“Doa untuk daddy (panggilan Amar) ya,” balasnya ringkas.

Sebelum ini, menerusi temu bual bersama mStar, Amar memberitahu hampir hilang semangat meneruskan misi berbasikal ke Tanah Suci Makkah yang dirancang sejak tahun lalu.

Bagaimanapun kata Amar, 40, kata-kata isterinya menjadi pembakar semangat untuk dia meneruskan misi mengayuh sejauh 8,000 kilometer bermula 28 April ini.

Amar mohon urusannya ke Tanah Suci dipermudahkan.

Amar akan mengayuh bersama rakannya yang juga pendaki pertama Gunung Everest dari Malaysia iaitu Datuk Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

Pasangan duo itu dijangka memulakan kayuhan dari Perlis sebelum merentas ke beberapa buah negara lain seperti Thailand, India, Pakistan dan Iran sebelum tiba di Arab Saudi.

Duo itu dijangka tiba di Madinah pada Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top