RSS Suria

Orang sibuk ziarah raya, wanita senyap-senyap keluar telefon rakam foto bayi comel… Terbantut buat ‘posting’ lepas ditegur!

PELBAGAIperkara terlintas dalam kepala mak-mak setiap kali membawa kecil bertandang ke rumah orang.

Mana tidaknya, ibu-ibu selalunya bimbang apabila anak kecil mereka disentuh orang lain, yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan.

Selain itu, dengan segala-galanya di hujung jari, para ibujuga risau apabila orang lain sewenang-wenangnya mengambil gambar atau video anak mereka dan memuat naiknya ke media sosial tanpaizin

Perkara paling ditakuti itulah yang berlaku kepada seorang wanita ketika membawa anak perempuannya berusia 10 bulanbertandang ke rumah saudara yang jauh.

Aneka juadahyang dihidang untuk para tetamu. -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan lokasi kediaman saudaranya itu, menurutnyaramai tetamu yang turut hadir pada hari berkenaan.

“Ramai remaja yang dah besar dan budak-budak sekolah rendah ada di situ. Ibu-ibu pun dahberusiapertengahan 40an.

“Ada seorang ibu bermain dengan anak perempuannya dan keluarkan telefon bimbituntuk mengambil gambar anak saya,” luahnya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak meragam lepas orang tak dikenali datang usap kepala, kejadian sebelum waktu berbuka kekal misteri

ARTIKEL BERKAITAN: Selera terbantut! Suami isteri terperanjat anak duduk atas kerusi bayi ‘disambar’ staf restoran… Pandai-pandai dukung tak minta izin

Terkejut dengan tindakan wanita berkenaan, dia selama ini sering memberitahu orang luar untuk tidak berkongsi gambar-gambar anaknya di media sosial.

Belum sempat dia mahu menegur, tiba-tiba seorang remaja lelaki datang mendekati wanita itu dengan reaksi yang tidak disangka-sangka.

Kadang-kadangbudak-budakyanglebih ada hati nurani dancommon sense.

NETIZEN

“Bayangkan betapa gembiranya saya bila anak remaja dia tegur dia dan cakap…mama, dah minta izin aunty ke nak ambil gambar baby? Mama jangan post tau.

“Duit raya lebih untuk kamu dik,” ujarnya yang bersyukur kerana remaja itu menyelamatkan keadaan dan memupuk kesedaran kepada ibunya sendiri.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan luahan wanita itu yang mengingatkan masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya mengambil gambar anak kecil orang lain tanpa izin untuk dikongsikan di media sosial.

Hanya di hujung jari, semua perkembangan boleh dikemaskini di media sosial. -Gambar hiasan

Malah, antara mereka turut berkongsi melalui pengalaman yang hampir sama melibatkan anak sendiri ketika berdepan dengan orang lain.

“Hari tu ada seorang budak ni tegur mak dia, jangan cium baby. I… suka budak tu.

“Adik ipar saya juga macam ni. Kalau ayah mentua atau ibu mentua perangai aneh-aneh, dia akan backup kakak ipar dia, dia yang suruh mentua ikut peraturan saya.

“Kadang-kadangbudak-budakyanglebih ada hati nurani dancommon sense,” demikian antara komen netizen.

Sebagai peringatan, mengambil gambar anak kecil orang lain tanpa izin dan memuat naiknya di media sosial tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaga adalah tidak dibenarkan dan boleh dianggap sebagai pelanggaran privasi.

Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) jika gambar atau video anak mereka digunakan tanpa kebenaran di media sosial, demi melindungi privasi kanak-kanak.

Scroll to Top