“KALAUhendak pikat hati suami, pikatlah perutnya dahulu.”
Begitulah pegangandan pesananorang tua-tua zaman dahulu kepada golongan isteri masa kini dalam usaha mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Namun siapa sangka, ungkapanpenuh hikmah ini disalah guna dan dijadikan’senjata’ oleh sesetengah wanitauntuk menghancurkan kebahagiaan pasangan lain.
Lebih dahsyat lagi, hidangan enak yang disediakan bukan semata-mata untuk menggoda, tetapi turut ditambah ‘perisa tambahan’ iaitusihirdengan niat jahat untuk merampas hak wanitalain.
Orang ketiga tergamak melakukan apa sajauntuk musnahkan perkahwinan orang lain. -Gambar hiasan
Menyingkap kisah benar yang berlaku dua tahun lalu, seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pahit rumah tangganya yang runtuh angkara orang ketiga.
Menurutnya, segalanya bermula apabila dia menyedari perubahan sikap bekas suaminya yang dulunya penyayang tetapi menjadi semakin panas baran dan sering mengelak untuk bermesra.
“Saya perasan tiap minggu dia tak ada masa nak luangkan masa dengan keluarga dengan alasan ada outstation. Yang pelik itu, tiap minggu outstation.
“Saya ajak berbincang, alasannya kerana penat berkerja. Dia tak pernah tinggi suara atau cepat melenting tetapi malam itu dia boleh tengking saya depan anak-anak.
ARTIKEL BERKAITAN:Tuntut cerai sebab nak nikah laki orang, pegawai awam dakwa disihir ‘3 penjuru’… Mujur suami bijak buat pertimbangan
ARTIKEL BERKAITAN:Suami tak ‘selera’ tengok isteri kusut, badan berbau… Tok imam syak buatan orang! – “Kalau aktif main media sosial, kurangkan”
“Bila cerita dekat kawan, ada yang cakap suami saya kena buatan orang. Kawan saya bagitahu ada kes ‘kemaluan suami diikat’ sebab tak nak bagi pada isteri dia,” ujarnya menerusi perkongsian di media sosial.
Tidak sanggup terus memendam rasa, wanita itu bertindak menggeledah beg serta kereta milik suaminya dan menemui beberapa petunjuk perlakuan curang lelaki itu.
Berusahamendapatkan penjelasan, tanpa disangka mahligai yang dibina musnah dalam sekelip mata selepassuamitanpa teragak-agak melafazkan talak terhadapnya.
“Tiap hari nampak perubahan dia, marah anak tak tentu pasal sehinggakan malam pernah mengigau sebut nama seseorang. Saya terdetik nak periksa beg dan kereta dia.
Kawan saya bagitahu ada kes kemaluan suami diikat sebab tak nak bagi pada isteri dia.
NETIZEN
“Dalam beg, saya jumpa bunga hidup tapi dah rosak. Dalam butpenuh bekas makananyang tidak dibasuh, bekas itu semua bukan dari rumah kami. Ada kasut ‘heels’ dekat ‘seat’ belakang.
“Saya beritahu dia apa yang saya nampak dan malam itu juga dia lafazkan cerai talak tiga. Hati saya hancur, saya cuba nak selamatkan rumah tangga tetapi gagal,” jelasnya.
Percaya penceraiannya berpunca daripada perbuatan sihir, wanita itu sempat menitipkan pesanan kepada para isteri untuk sentiasa peka dengan tindak tanduk suami mereka agar kejadian sama dapat dielakkan.
“Ibu saya cakap ada perempuan lain guna makanan sebagai santau nak pisahkan dan hancurkan rumah tangga kami. Nasihat saya kepada para isteri, kalau suami bawa balik ‘tupperware’ lain tolong tanya dia baik-baik,” kongsinya.
Komen netizen di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberikanpelbagai reaksi dan pendapat masing-masing mengenai kisah yang dikongsikan wanita ini.
Malah, ada yang tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku disebabkan sikap bekas suaminya yang suka ‘melayan’ perempuan lain sehingga membuka ruang buat orang ketiga mengambil kesempatan.
“Saya tak rasa ini buatan orang, memang suami dia yang menggatal nak perempuan lain. Lepas itu, salahkan sihir!
“Patutlah ibu selalu pesan, jangan sembarangan makan makanan yang orang bagi. Tapi tengok situasilah juga kan.
“Benda ini memang selalu terjadi dan ia berlaku sepantas kilat. Andai bini bawa suaminya berubat mungkin boleh diselamatkan,” komen netizen.