RSS Suria

‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki

PROGRAM hiburan Big Stage buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.

Membawa tema ‘Big Stage Alpha’, edisi kali ini menampilkan 18 peserta lelaki dipilih menerusi proses uji bakat yang dibuka kepada umum buat pertama kali dalam sejarah program realiti berkenaan.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh, idea membuat pembaharuan konsep Big Stage ini dipilih kerana permintaan peminat yang ingin melihat pertandingan melibatkan kumpulan penyanyi lelaki.

“Big Stage hadir sebagai respons Astro terhadap ‘idol survival’ yang semakin mendapat tempat di hati peminat.

Big Stage akan bersiaran bermula 27 April ini.

“Diinspirasikan daripada aliran program realiti terbesar Asia, program ini menggabungkan pertandingan nyanyian berintensiti tinggi, naratif penuh esmosi dan kuasa fandom (peminat),” katanya.

Dalam pada itu, 18 peserta yang bersaing berusia antara 18 hingga 37 tahun ini datang daripada pelbagai latar belakang termasuk dari Brunei, Singapura dan Indonesia.

18 peserta yang bakal merebut tempat untuk menjadi ‘boy band’ pertama naungan Astro adalah Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul dan Araff.

Turut bertanding Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.

ARTIKEL BERKAITAN:Nadeera Zaini tepati ramalan juara Big Stage 2023, bawa pulang RM100,000

ARTIKEL BERKAITAN:Nora Ariffin akhirnya tuntut cerai

Kesemua peserta akan diuji setiap minggu menerusi persembahan solo dan misi berkumpulan berdasarkan tema diberi.

Markah akan diberikan juri tetap namun undian peminat akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.

Sementara itu, penyanyi Elly Mazlein dan Rina Nose sekali lagi pilih menjadi hos untuk Big Stage Alpha tahun ini.

Manakala penyanyi Datuk Syafinaz Selamat, Hael Hussaini dan Edry Abdul Halim dipilih sebagai juri tetap.

Berlangsungselama 8 minggu, ‘Big Stage Alpha’ akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam bermula 27 April ini, setiap Ahad pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top