RSS Suria

Isteri maafkan suami curang… Faham termakan hasutan bos, kerap desak tambah cawangan- “Bukan lelakilah kalau tak pasang dua”

JIKA ditanya kepada mana-mana wanita, pasti tiada sesiapa yang sanggup hidup berkongsi kasih ataupun bermadu.

Namun adakalanya perkahwinan yang bahagia tidak terlepas daripada ujian gara-gara gangguan anasir luar, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh wanita ini.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, wanita ini mendedahkan perkahwinannya pernah diuji gara-gara suaminya berlaku curang berpunca daripada hasutan rakan.

“Kawan sekerja suami kerap sangat menyeru suami saya untuk kahwin lagi satu. Kerap sangat dalam WhatsApp dengan suami, (dia) bercerita tentang perempuan lain atau hint suami untuk kahwin lagi satu.

Poligami boleh menjadi cabaran dalam hubungan suami isteri kerana ia memerlukan komunikasi yang jujur dan tanggungjawab yang lebih besar. -Gambar hiasan

“Sebelum ini suami tak pernah termakan dengan pujukan dia. Tapi bila dah kerap sangat, iman suami pun boleh goyah. Kata dia, bukanlelakilah kalau tak pasang lagi satu,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Disebabkan kerap kali diasak perkara yang sama, ditambah lagi ketika itu dia dan suaminya merupakan pasangan jarak jauh (PJJ), suaminya ‘tergelincir’ dan bermain kayu tiga di belakangnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengantin lelaki terlanjur dengan kekasih gelap… Tak pernah sentuh bakal isteri, rupanya nak ‘rasmi’ lepas nikah

ARTIKEL BERKAITAN:Suami curang ketika berada di ‘puncak’, isteri sarat hamil anak kelima – “Menyesal berhenti kerja ikut cakap dia”

Namun ujar wanita tersebut, meskipun sakit hati dikhianati, dia memilih untuk memaafkan suaminya kerana mengetahui ia sebenarnya berpunca daripada hasutan rakan lelaki tersebut.

“Sekarang saya dan suami menjadi lebih sayang antara satu sama lain. Malangnya kawan suami ni masih lagi ‘bergurau’, memujuk suami untuk kahwin lagi satu.

“Suami saya ignore je tapi terpaksa hadap dalam grup WhatsApp tu since dia ni pula bos suami.

“Apa yang perlu saya lakukan untuk kawan dia stop menghantar mesej yang bukan-bukan ni? Kadang saya rasa kawan suami ni tak hormat langsung pada perempuan yang bergelar isteri.

Depan-depan bini dia buka cerita kata laki dia dok hasut laki sis suruh kahwin lagi satu.

NETIZEN

“Saya faham bila lelaki bergurau hal-hal ni, tapi kalau dah kerap sangat dan target dia hanya suami saya saja, bagi saya tak normal dah,” luahnya lagi.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya menyarankan wanita tersebut mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang dilihat sengaja mahu meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Antara reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Screenshot semua tu. Simpan sebagai bukti. Lepas tu saya pergi cari HR (sumber manusia) dan orang atasan kepada si penyibuk tu dan buat formal complaint melalui saluran yang betul.

“Kalau saya akan call saja… Bos hanya di tempat kerja tapi bab hal peribadi kena ada batas ye.

“Ajak suami pergi beraya rumah kawan tu. Nanti depan-depan bini dia buka cerita kata laki dia dok hasut laki sis suruh kahwin lagi satu,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top