RSS Suria

Baru dapat kunci rumah, suami isteri terduduk hilang kerja… Betul-betul tak mampu, buntu cari jalan keluar

SETIAP orang pasti akan melalui ujian dalam kehidupan mereka cuma dugaan ituberbeza dengan individu lain.

Namun, ujian hilangpekerjaan yang menjadi sumber pendapatan utama pastinya cukup berat untuk dilalui oleh mana-mana individu.

Di Facebook, seorang wanita turut berkongsi kisah dia dan suaminya yang baru kehilangan pekerjaan.

The house / room for rent / let ads displayed at Ss15, Subang Jaya area.

Rumah yang tidak digunakan boleh disewakan kepada orang luar. -Gambar hiasan

Lebih malang, pasangan itu baru sahaja menerima kunci kediaman baharu mereka.

“Saya nak tanya, boleh ke jual rumah yang baru setahun beli? Bulanan RM1,200. Tapi sejujurnya kami dah tak mampu.

“Hari ini dapat kunci, dua minggu lepas tu dapat notis syarikat tutup. Saya dan suami kerja syarikat yang sama.

Jumlah pendapatan isi rumah sebelum ni RM8,000. Sekarang hanya RM3,500 saja.

ISTERI

“Dah submit Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk rumah, tapi masih tak mampu nak bayar,” tulisnya.

Wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu berkongsi kisah berkenaan menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia.

Menurut wanita itu, dia juga mempunyaisebab untuk tidak menjual kereta yang dimiliki bagi menampung hutang bulanan rumah.

ARTIKEL BERKAITAN:Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita menyesal beli rumah, 6 tahun jadi beban! Buat sewa pun tak untung, siap kena ‘top up’ RM700 sebulan bayar hutang bank

“Jumlah pendapatan isi rumah sebelum ni RM8,000. Sekarang hanya RM3,500 saja. Mohon nasihat daripada semua.

“Kenderaan sedia ada masih ada baki empat bulan saja dengan bank. Kereta suami dah jual untuk menampung kos sepanjang kami masih tidak dapat kerja tempoh hari,” jelasnya lagi.

Di ruangan komen, ramai pelayar Facebook memberi nasihat kepada pasangan itu agar tidak menjual rumah mereka.

Ada pemilik rumah yang menyewakan bilik kosong untuk menampung hutang bank mereka. -Gambar hiasan

Ada juga yang menyuruh pasangan itu menyewakan rumah mereka kepada individu lain.

“Kalau jual rumah tu nanti nak duduk mana? Kadar bayaran rumah (hutang bank) dengan sewa rumah adalah lebih kurang.

“Sewakan bilik. Biasanya laku dalam kalangan pelajar. Puan dan suami duduk di satu bilik lain.

“Saya cadangkan puan sewa rumah (lain) yang murah. Rumah puan pula boleh bagi sewa ikut bilik,” tulis netizen.

Scroll to Top