RSS Suria

Tebalnya muka! Tetamu dimalukan tuan rumah, dah ambil kek disuruh letak balik… Nak makan ‘dessert’ rupanya bersyarat

MUSIM rumah terbuka Aidilfitri sememangnya menjadi saat yang paling ditunggu-tunggu ramai setiap tahun.

Selain mengeratkan hubungan dan berkongsi kegembiraan Syawal bersama kenalan, satu perkara yang cukup dinanti adalah makanan!

Tapi bayangkan sebagai tetamu, anda tiba-tiba kena ‘sound‘ (tegur) dengan wakil tuan rumah selepas mengambil lima jenis pencuci mulut yang semuanya nampak sedap.

Pelbagai jenis juadah disediakan kepada tetamu apabila mengadakan rumah terbuka. -Gambar hiasan

Itulah yang berlaku kepada seorang individuyang berkongsi pengalaman ‘pahit’ di rumah terbukayang dihadiri.

“Ada la sudut cakes and desserts jadi kita pun berbaris. Letak kek dalam piring. Sudah letak lima jenis.

“Kemudian wakil tuan rumah pesan maaf seorang dapat tiga jenis saja. Jadi apa yang sayabuat adalah letak balik dua kek dan ambil tiga je dalam pinggan,” ujarnya menceritakan pengalaman tersebut.

Menurutnya yang pertama kali berpengalaman hadirrumah terbuka, dia berasa tidak selesa dengan syarat sebegitu yang diletakkan kepada para tetamu.

ARTIKEL BERKAITAN:Bos buat rumah terbuka, staf dijemput boleh balik awal… Beberapa ‘kerat’ tak dapat jemputan kena kerja macam biasa

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai kena scam dengan tetamu, pemuda tawar servis hadir rumah terbuka… Bermula di Melaka, merebak satu Malaysia

Malah, pengadu menjelaskan bahawa dia lebih rela tidak ‘menyentuh’ pencuci mulut tersebut daripada dimalukan sedemikian.

“Saya rasa sedikit terkilan dan itu merupakan kali pertama saya pergi open house… makanan kena catu. Kalau tahu memang tak makan langsung,” ujarnya lagi.

Ternyata, rasa kecewa dan kekok itu dipersetujui apabila ramai netizen turut memahami pengalaman agak janggal ini.

Kadang orang makan melantak tak ingat ‘orang belakang’ satu hal.

NETIZEN

“Kekol betul rasanya kan. Sepatutnya kalau betul nak bercatu macam tu, buat nota dekat situ, Setiap tetamu hanya boleh ambil tiga jenis kek sahaja. Tapi, macam tak sesuai pula panggil tetamu tapi bercatu.

“Kalau nak bercatu, kena keluarkan (makanan) sikit-sikit. Bukan semua pencuci mulut keluarkan. Habis, baru keluarkan yang baharu. Kalau macam ni caranya, pasti tetamu nak rasa semua sebab ada banyak lagi atas meja,” komen beberapa netizen.

Namun dalam ramai yang mengeluh, ada juga suara netizen yang cuba memahami situasi tuan rumah yang mungkin juga tertekan mahusediakan juadah untuk ramai tetamu.

Komen netizen di media sosial.

“Ni common sense. Rasanya sekarang memang dessert table akan letak kru atau wakil untuk beritahu had makanan sebab kuantiti terhad dan pencuci mulut bukan murah sekarang.

“Kadang tuan rumah order ikut jumlah orang yang hadir. Kadang orang makan melantak tak ingat ‘orang belakang’ satu hal. Satu lagi ambil banyak lepas tu buang, tak makan.

“Sebab tu bercatu. Niat tuan rumah nak bagi semua merasa. Tuan rumah segan nak tegur sebab tu yang letak wakil atau kru untuk kawal hadirin yang hadir. Mungkin kalau tak cukup, boleh ulang ambil lagi,” komen netizen lain pula.

Scroll to Top