PENYANYI dan pelakon Erissa Puteri selamat disatukan dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Muhammad Daniel Iskandar Zaidi pada pagi Jumaat.
Erissa dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
Majlis pernikahan bertemakan serba putih itu berlangsung secara tertutup di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Erissa dan Daniel bertunang pada Januari lalu.
Bekas peserta program nyanyian Ceria Popstar musim kedua itu menerima mas kahwin berupa 70 gram emas dan menyerahkan 11 dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak pengantin lelaki.
Dalam pada itu, keluarga pihak lelaki turut menghadiahkan dua utas rantai emas dan berlian untuk dijadikan warisan keluarga yang dikenang sepanjang hayat.
ARTIKEL BERKAITAN:Aisyah Aziz sah bergelar isteri, jejaka asal Malaysia pilihan hati
ARTIKEL BERKAITAN:Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri
Muhammad Danial Iskandar merupakan anak kepada pasangan terhormat Datuk Zaidi Mohamed dan Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain.
Pada Rabu lalu, tular di media sosial memaparkan Erissa, 22, bersama keluarga mengikuti upacara bersiram dipercayai iaitu adat sebelum mendirikan rumah tangga.
Untuk rekod, Erissa dan Daniel mengikat tali pertunangan pada awal Januari lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!