MENONTON wayang di pawagam boleh menjadi pengalaman yang kurang menyeronokkan jika terdapat gangguan seperti bunyi bising atau penonton yang tidak mengikut peraturan.
Bayangkan andasudah berbelanja puluhan ringgit untuk tiket dan makanan ringan, namun akhirnya berdepan pengalamantidak setimpal bayaran.
Dalam satu hantaran di laman TikTok, seorang individu meluahkan rasa kecewa apabila keterujaannya menonton filem baru-baru ini punah gara-gara sikap ibu bapa yang membawa anak kecil masuk ke dalam panggung.
Menonton wayang bersama anak-anak sememangnya salah satu aktiviti riadah yang menyeronokkan. -Gambar hiasan
“Dah la bawa budak, bising pula tu. Lepas tu masa tengok scene sedih… eh, ada lagu Didi & Friends ke lagu (kartun) apa entah.
“Buka kartun dekat phone bagi anak tengok supaya anak senyap? Dah kitaorang ni kena dengar kartun sekali ke macam mana?
“Cerita (filem) best… serius! Tapi potong mood sebab orang sekeliling yang tak ada common sense. Jadi kurang fokus tengok cerita,” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Suami jeling isteri sebab minta duit raya bagi pihak 2 anak… Tuan rumah serba salah, mujur bijak menjawab
ARTIKELBERKAITAN:Orang sibuk ziarah raya, wanita senyap-senyap keluar telefon rakam foto bayi comel… Terbantut buat ‘posting’ lepas ditegur!
Bukan melarang ibu bapa membawa anak-anak kecil ke panggung wayang, tetapi ujar individu itu, golongan yang membawa anak masuk dalam panggungperlu mempunyai common sense dan mengutamakan keselesaan penonton lain.
Malah tambahnya, filem yang ditonton ketika itu pula tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.
Yang ada anak kecil, buat cara ada anak kecil. Jangan menggelupur bawa nanti bikin kacau.
NETIZEN
“Tak duduk diam satu hal, tengok cerita kartun lagi. Kita bukan tak suka budak-budak… kita sendiri ada anak. Anak saya yang 12 tahun itu pun saya tak bawa sebab kita tahu jalan cerita macam mana,” tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan perkongsian individu berkenaan malah ramai dalam kalangan mereka pernah berdepan situasi sama.
Sebahagian daripada komen netizen.
“Ada bawa anak yang masih baby. Tak takut ke jadi pekak? Tahu sound dekat pawagam macam mana kan?
“Yang ada anak kecil, buat cara ada anak kecil. Jangan menggelupur bawa nanti bikin kacau.
“Kejadian berlaku semalam, tengah syok tengok tiba-tiba budak naik turun tangga siap bawa lori mainan,” demikian antara komen netizen.