PENYANYI Zareef Sein lebih selesa menghasilkan lagu sendiri berbanding mendapatkan khidmat komposer dan penulis lirik lain.
Kata Zareef, 25, lagu ciptaan sendiri lebih dekat dihati selain mempunyai makna tersendiri.
“Saya menggubah dan menulis lirik lagu saya sejak dulu lagi tanpa bantuan komposer lain.
Setiap lagu dihasilkan mempunyai makna tersendiri.
“Saya mengambil berat tentang muzik yang ingin saya bawa sebab setiap lagu mempunyai makna tersendiri,” katanya kepada mStar.
Bagaimanapun kata Zareef itu bukan bererti dia menganggap dirinya bagus sebaliknya terbuka bekerjasama dengan komposer lain.
Asalkan katanya, lagu yang digubah masih mempunyai sentuhannya dari segi melodi dan lirik.
ARTIKEL BERKAITAN:[V] Kuasa ‘veto’ di tangan komposer dan penulis lirik, Kaka Azraff tiada halangan nyanyi lagu terbitan label lama
ARTIKEL BERKAITAN:Lama pendam perasaan, Angah Projector Band ‘meletup’ bengang komposer terkenal masih cakap belakang
“Saya boleh sahaja menyanyi lagu ciptaan komposer lain tetapi syaratnya saya perlu bekerjasama dalam menghasilkan karya tersebut.
“Bagi saya lagu adalah sebuah cerita, kalau ditulis oleh individu lain mereka akan mengawal lagu tersebut, jadi saya tidak boleh menghayati lagu tersebut dengan baik,” ujarnya.
Zareef memberitahu rasa cinta yang tinggi terhadap bidang muzik membuatkan dia tidak mahu mengejar populariti semata-mata untuk dikenali ramai.
Kata Zareef, dia percaya kejayaan pasti akan hadir pada waktu yang tepat.
Zareef merupakan artis dibawah naungan SRC.
“Saya menyanyi bukan untuk lagu itu menjadi viral atau tidak. Kalau viral baguslah. Muzik saya lebih kepada penceritaan jiwa saya sendiri.
“Saya lakukan ini (menyanyi) kerana minat. Saya percaya setiap orang ada ‘masa’ mereka sendiri untuk bersinar,” katanya.
Untuk info, Zareef merupakan artis syarikat rakaman Suria Records (SRC) dan mempunyai pernah menghasilkan tiga buah single termasuk Cinta Syurgaku, Jatuh Cinta dan Menangis Lagi.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!