MEMILIH jalan damai, pelakon Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad menamatkan perselisihan faham yang pernah berlaku antara mereka sebelum ini.
Tampil bersama dalam menjelaskan perkara tersebut, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 49, juga berharap isu di antara mereka tidak lagi menjadi bahan bualan ramai.
“Semua dah tengok depan-depan macam mana saya dengan Sharnaaz. Selesaikan?
Aaron dan Sharnaaz tampil bersama dalam satu sesi siaran langsung.
“Tak perlu lagi panjangkan cerita,” katanya ringkas.
Mereka berdua tampil bersama dalam satu sesi siaran langsung di laman TikTok pada malam Jumaat.
Aaaron dalam masa sama memberitahu apa terjadi bukanlah satu bentuk pemasaran untuk mempromosikan filem gandingan mereka berdua iaitu Original Gangsater.
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak payah masuk campur”… Aaron Aziz bagi amaran, minta Sharnaaz jangan sibuk konflik dengan Syamsul
ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul minta henti salahkan Sharnaaz dan Beto, ambil tanggungjawab penyingkiran Aaron Aziz
“Ini bukan marketing.
“Cuma yang penting kami dah selesai dengan cara yang elok. Benda yang dah lepas itu, lepaslah,” ujarnya.
Sementara itu, Sharnaaz juga memohon agar tiada lagi mana-mana pihak yang cuba melaga-laga mereka.
Malah dia juga memberitahu salah faham yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan buah mulut pihak yang bercakap buruk tentang mereka.
Sharnaaz hormati Aaron sebegai pelakon senior.
“Saya harap semua pihak faham dengan situasi ini. Saya rasa masalah ini sudah selesai di antara saya dan Aaron serta pihak-pihak terlibat.
“Saya rasa orang lain tak perlu lagi nak mengapi-apikan kami. Kami hormat antara satu sama lain lebih-lebih lagi dia lebih senior daripada saya.
“Ketika berlakon filem Original Gangster, saya rasa diri ini kecil sangat berbanding Aaron. Tapi biasalah, ada orang yang mencucuk kami dan menjadi batu api,” jelasnya.
Salah faham di antara mereka bermula apabila Sharnaaz tampil mengulas isu membabitkan Aaron dan pengarah Original Gangster iaitu Syamsul Yusof tahun lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!