RSS Suria

Suami percaya ada sinar menanti, tetap bersama Abby Abadi harungi dugaan

SUAMI pelakon Abby Abadi akan tetap berdiri utuh dan setia bersama isterinya walaupun ketika ini mereka diduga dengan pelbagai ujian.

Muhammad Faizal Zakaria berkata, sebagai suami dia percaya Abby dapat mengharungi dugaan dan akan ada sinar kebahagiaan buat mereka sekeluarga suatu hari nanti.

“Biarlah sayang (panggilan Abby), orang nak kecam, kutuk atau kata macam-macam, saya tetap bersama sayang hingga akhir hayat saya.

Faizal setia bersama Abby walaupun menerima kecaman hebat netizen.

“Kalau dah sampai masa untuk kita bawa diri, elok kita lakukan. Insya-Allah ada cahaya di hadapan kita nanti,” katanya.

Faizal berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Threads miliknya pada malam Jumaat.

Menyedari usianya mereka semakin meningkat, Faizal memberitahu dia mempunyai perancangan tersendiri termasuk menyimpan hasrat berpindah ke Tanah Suci Makkah.

Kata Faizal, dia mahu menghabiskan sisa hidup bersama Abby dengan mendalami ilmu agama dan tidak lagi mempedulikan hal lain.

ARTIKEL BERKAITAN:Peluang kemaafan sudah tertutup buat Aslam, Abby anggap tiada menantu

ARTIKEL BERKAITAN:Abby Abadi hilang sabar anak tuduh buat cerita, dah puas ‘bagi muka’… Mujur tak simpan bukti Aslam ditampar

“Apabila sudah tua nanti nampak macam tiada pedulikan kita, nanti kita duduk pondok, rumah orang tua atau kita pindah duduk Makkah.

“Kita habiskan sisa-sia hidup yang ada itu. Ingat saya sentiasa ada bersama sayang, kasih sayang saya kekal dunia dan akhirat,” jelasnya.

Menjengah ke ruang komen, netizen turut memuji sikap Faizal mempertahankan dan melindungi isterinya itu daripada kecaman netizen.

Malah netizen menyifatkan Faizal sebagai suami contoh dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Ingat saya sentiasa ada bersama sayang, kasih sayang saya kekal dunia dan akhirat.

MUHAMMAD FAIZAL ZAKARIA

SUAMI ABBY ABADI

Untuk rekod, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada Ogos 2015 dan mempunyai tiga orang anak angkat.

Sebelum itu, Abby pernah berkahwin dengan pelakon Norman Hakim tetapi mereka bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.

Isu membabitkan keluarga Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, kecoh apabila anak perempuannya iaitu Marissa bertindak berkahwin di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Faizal sebelum ini mendedahkan pernah menampar Aslam.

Apa meremukkan hati Abby, Marissa bergelar isteri kedua dan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga.

Sejak itu timbul pelbagai isu membabitkan keluarga mereka yang menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, Abby kembali bersuara apabila ada pihak meminta dia memohon maaf kepada madu Marissa iaitu Umisya Mazlan.

Tidak terima dengan perkara itu, Abby sebaliknya meminta menantunya iaitu Ahmad Aslam datang berjumpa dan memohon maaf kepadanya.

Pintu hati Abby sudah tertutup untuk maafkan Aslam.

Aslam, 26, kemudian tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Threads.

Bagaimanapun Abby memaklumkan pintu hatinya sudah tertutup untuk memaafkan menantunya itu.

Untuk rekod, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023 tanpa pengetahuan keluarga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top