RSS Suria

Penuhi impian isteri, Cat Farish hadiahkan lot kedai… Tak lagi berniaga di tepi jalan

ENGGAN lagi berniaga di tepi jalan atau menyertai festival jualan, penyanyi dan komposer Cat Farish membuat kejutan menghadiahkan sebuah lot kedai buat isterinya iaitu Shikin Maembong.

Kasihan melihat kepayahan Shikin berniaga, Cat atau Farish Ramli, 51, memberitahu hadiah itu juga sebagai memenuhi impian isterinya untuk melangkah setapak dalam perniagaan.

Malah baginya dengan ada premis berkenaan akan lebih memudahkan urusan harian mereka bersama.

“Saya lihat awak susah-payah berniaga tepi jalan. Lepas ini kita tak payah pergi mana-mana. Saya rancang kita cari rezeki di sini.

Cat dan Shikin aktif menyertai festival jualan.

“Ini adalah misi kita. Orang tak tahu kita menangis dua orang,” katanya.

Cat berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi video berkenaan, dia membawa Shikin ke lokasi kedia berkenaan yang dipercayai terletak berhampiran Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Dalam masa sama, Cat turut memohon doa untuk mereka berdua mendapatkan cahaya mata bersama.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak kenal ustaz datang booth buat ‘content’, Cat Farish pening tiba-tiba diserang pengikut TikTok

ARTIKEL BERKAITAN:Cat Farish sudah jumpa DJ Kidd, bukan kekasih tapi pembantu Emma Maembong

“Tak rugi habiskan duit untuk isteri. Ini sahaja saya mampu untuk bahagiakan awak.

“Kita doa sama-sama rezeki cahaya mata pula selepas ini sayang,” ujarnya.

Kedua-dua mereka kemudian terus berbincang untuk melakukan proses ubah suai sebelum memulakan pernigaan di sana.

Terharu menerima kejutan daripada suaminya, Shikin turut berkongsi kata-kata penghargaan buat Cat.

Pasangan ini mula rancang ubah suai kedai baharu mereka.

“Terima kasi kerana sokong dalam susah senang dan apa sahaja untuk saya. Abi (panggilan Cat), tak malu teman saya berniaga tepi jalan.

“Terima kasih buat impian saya jadi nyata. Sudah lama nak kedai sendiri,” ujarnya.

Untuk rekod Cat dan Shikin bernikah pada 13 Julai 2024.

Ini merupakan perkahwinan ketiga buat Cat selepas dua kali bercerai.

Manakala Shikin pula pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan pada Disember 2014 namun berceria pada Jun 2016.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Putri Arianna Natasya yang kini berusia 10 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top