PENYANYI Ben Ladin sekali lagi meluahkan perasaan marah terhadap pihak yang didakwa mengabaikan tanggungjawab dalam mendidik dan membesarkan dua orang adiknya.
Dakwa Ben atau Muhammad Benladin, 24, berkata, adik-adiknya yang berusia 12 dan lapan tahun tidak bersekolah dan diabaikan.
Kata Ben, dia ada meninggalkan sebuah kereta dengan harapan dapat digunakan untuk menghantar mereka ke sekolah namun sebaliknya yang berlaku.
Luahan Ben di Instagram.
“Kereta aku tak pernah tuntut sebelum ini fikirkan adik-adik nak sekolah.
“Sampai hari ini aku dapat tahu adik aku tak sekolah. Seorang dah 12 tahun, seorang lagi 8 tahun,” katanya.
Ben meluahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.
ARTIKEL BERKAITAN:Ben Ladin hilang sabar! Dedah penipuan ibu bapa sendiri, setiap hari dikejar pemiutang
ARTIKEL BERKAITAN:Ben Ladin bakal timang anak sulung, isteri sedang hamil aktif kerja tak tahu duduk diam
Dalam hantaran sama, penyanyi berkenaan mendakwa pihak yang tidak dinamakan itu melakukan penipuan sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Kata Ben, individu tersebut sanggup berbelanja mewah namun tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.
“Scam duit orang sampai beratus ribu.
Ben terbuka mendedahkan masalah yang berlaku dalam keluarga.
“Adik aku tak sekolah. Belanja mewah boleh. Roadtax kereta mati, saman berlambak. Kereta hancur,” luahnya.
Pada Jumaat lalu, Ben mengejutkan peminat apabila secara terbuka mendedahkan sikap ibu bapanya yang didakwa menipu wang orang lain.
Apa yang lebih menyedihkan penipuan itu bukan sahaja menggunakan namanya tetapi kini dia terpaksa menanggung hutang apabila mangsa datang mencarinya meminta ganti rugi.
Tidak tahan terus menjadi mangsa keluarga sendiri, Ben membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!