RSS Suria

Shahida istimewa di hati Bonda Rozita, bukan sekadar menantu tapi ‘sahabat’ tempat luah perasaan

BUKAN sekadar menantu, usahawan Rozita Ibrahim menganggap isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida sebagai sahabat sejati yang sentiasa ada disaat suka dan duka.

Rozita atau mesra disapa Bonda Rozita, 61, berkata Shahida mempunyai tempat istimewa dihati dan dia lebih mempercayai menantunya itu berbanding anak-anak.

“Shahida wanita yang saya kasihi, beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (panggilan Aliff Syukri) dan anak-anaknya.

Rozita anggap Shahida lebih dari seorang menantu.

“Dia sahabar baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Saya sorokan, hanya Ida (panggilan Shahida) saya cerita. Dia wanita terhebat dihati saya.

“Saat saya jatuh berniaga dan emosi hal-hal keluarga, Ida sentiasa temankan saya. Setia dan ada untuk saya bila-bila masa,” luahnya.

Rozita berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan beberapa foto dia bersama Shahida.

Dia juga menyifatkan Shahida bukan seorang mata duitan, malah sentiasa mahu berusaha sendiri untuk mencapai kesenangan bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas ditegur abang, Rebecca Nur Al Islam padam semua hantaran mengenai keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:“Yang bodoh itu awak” – Anak Bonda Rozita bersuara, pertahan isteri Aliff Syukri

Tidak hanya itu, dia juga terhutang budi dengan menantunya itu kerana menjaga anak lelakinya itu dengan baik.

“Menantu saya tak kaya tapi kaya kebaikan teramat baik. Tak meminta pada anak lelaki saya. Saya pernah menyuruh Ida ambil duit Kri sebab risau Kri ramai peminat. Ida bukan mata duitan!

“Saya tak beri kekayaan tapi saya didik dan ajar mereka mencari kekayaan jiwa dan bertahan melalui suami mereka,” jelasnya.

Kata Rozita, dia memahami bukan mudah seorang wanita untuk diterima masuk di dalam keluarga suaminya.

Shahida ada saat susah dan senang.

Disebabkan itu dia sangat membela hak menantunya kerana menyedari kelemahan anak sendiri.

“Saya ingin menjadi mentua terbaik saya patut berterima kasih pada menantu perempuan yang melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang,” jelasnya.

Awal Mac lalu, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.

Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.

Rozita dan Shahida kerap berkongsi rahsia.

Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah.

Nama Shahida menjadi bualan netizen selepas dia dan adik ipar Rozita iaitu pelakon Datin Rebecca Al Islam berbalah di media sosial.

Ia ekoran Rebecca dilihat sering memuat naik foto pasangan berkenaan di media sosial sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top