RSS Suria

Rumah tangga hancur selepas 15 tahun, suami angau ‘intern’ pejabat… Geram bagi alasan ‘cliche’ – “Saya tak cukup baik untuk awak”

TIDAK pernah terlintas di fikiran, perkahwinan yang dibina bertahun-tahun lamanya akhirnya musnah di tengah jalan kerana kehadiran orang ketiga.

Segala kasih sayang, air mata sertapengorbanan yang dicurahkan selama tempoh ituterus dipandang sepi seperti langsungtiadanilai.

Begitulah nasib seorang wanita yang terpaksa menerima kenyataan bahawa perkahwinannyaselama 15 tahun bakal berakhir dek kerana gadis pelatihindustri ditempat kerja suaminya.

Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

“Seorang kawan aku, dah kahwin 15 tahun dan akhirnya si suami cakap kat dia…bukan sebab awak, tapi sebab saya. Saya tak cukup baik dan tak akan jadi suami yang baik pada awak.

“Lepas semua yang dia lalui, semua pengorbanan, semua susah senang bersama, ini je yang dia dapat? 15 tahun, dan lelaki tu senang-senang cakap macam tu je.

“Sumpah aku rasa nak marah, rasa kecewa. Tak guna betul lelaki macam ni,” luah seorang wanita mengenangkan rakan baiknya itu menerusi hantaran di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri maafkan suami curang… Faham termakan hasutan bos, kerap desak tambah cawangan- “Bukan lelakilah kalau tak pasang dua”

ARTIKEL BERKAITAN:Trauma suami curang belum padam, wanita sama tiba-tiba muncul berhubung atas alasan kerja

Selepas setahun, katanyasuami rakannya itu semakin rapat dengan pelajar latihan industriberkenaan dan kedua-duanya masih berhubung meskipun tidak mengetahui status hubungan mereka.

“Selama niaku selalu je rasa cemburu tengok perkahwinan dia, 15 tahun turun naik (susah senang) sama-sama.

“Aku ni baru kahwin sembilan tahun, dah macam-macam gaduh tapi kebanyakannya sebab anak je, kadang rasa penat sangat dengan rumah tangga ni.

“Tapi yang peliknya, aku selalu tanya dia, minta nasihat… rupanya hidup dia pun bukan senang,” ujarnya.

Aku sedih sangat untuk dia… 15 tahun kahwin, tapi macam tu je kesudahannya.

RAKAN BAIK

Menerusi hantaran sama, dia mendedahkan kisah rumah tangga rakan baiknya itu hanya diketahui dalam satu pertemuan di sebuah kafe.

“Kami keluar minum kopi hari tu, dan dia cerita semua sampai menangis. Sumpah aku terkedu, tak tahu nak cakap apa.

“Aku cuma cakap yang aku akan sentiasa ada untuk dia. Aku cuma cakap suami dia yang tak nak berubah dan memang lelaki tak berguna,” jelasnya.

Konflik rumah tangga berpunca daripada pihak ketiga. -Gambar hiasan

Meneruskan cerita, menurut wanita tersebutsuami kepada rakannya itu bagaimanapun menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan gadis’intern’ itu.

“Aku memang dah boleh agak, dandia pun tahu. Semua yang jadini memang ada kaitan dengan perempuan tu, walaupun si suami mati-mati nafikan.

“Dia beritahu… aku tak nak korek lebih dalam sebab tahu aku akan sakit lagi. Aku terus cakap kat dia untuk tinggalkan saja lelaki macam tu. Jangan merayu, jangan terus fight untuk benda yang suami sendiri memang dah tak nak,” katanya.

Namun jauh di sudut hati, sebagai sahabat dia tetap bersedih dengan ujian yang terpaksa dilalui rakan baiknya itu dalam rumah tangga.

Malah, dia turut mengakui usia perkahwinan yang lebih sedekad itu tidak seharusnya berakhir hanya kerana pihak ketiga di tempat kerja.

“Aku sedih sangat untuk dia… 15 tahun kahwin, tapi macam tu je kesudahannya.

“Bayangkan, nilai 15 tahun perkahwinan tu cuma jadi satu perkarabodoh keranasi suami ada perasaan terhadap gadis intern. Budak tulangsung tak ada dengan kau masa kau susah atau senang pun,” ujarnya yang turut meluahkan kesedihannya.

Scroll to Top