SETIAPpasangan yang menjalinkan hubungan cinta pasti mengimpikan pengakhiran indah, namun tidak semua bertemu jodoh seperti yang diimpikan.
Itulah yang dialami oleh seorang wanita ini apabila ikatan pertunangannya berakhir dengan situasi tidak baik.
Berkongsi cerita di media sosial, wanita ini memberitahu dia sudah pun membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan tunang pada Februari lalu dengan memulangkan cincin tanda.
Namun, bekas tunangmeminta keluarganya untuk datang bertemu ibu bapa pihak lelaki danmemberikan penjelasan tentang keputusannya itu.
Cincin tandamenjadi simbol bahawa pihak perempuan tersebut sudah pun menerima lamaran si lelaki. -Gambar hiasan
“Saya ada putuskan hubungan dan jumpa mak ayah pihak lelaki. Pulangkan cincin apa semua. Sekarang lelaki tu minta mak ayah saya jumpa ibu bapa dia dan jelaskan.
“Alasan dia sebab saya lengahkan masa dalam hubungan lama sangat sampai sekarang. Tapi rasanya saya sudah buat keputusan dari Februari. ‘Celah’ mana saya melengahkan masa,” jelasnya.
Menurut wanita itu, tuduhan tersebutsangat tidak adil kerana merasakan diasudah bertindak sewajarnya dengan memenuhi syarat dan adat sejak awal tahun lagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita rela putus tunang selepas dapat tahu gaji bakal suami RM1,100! Ramai sokong, jangan kahwin kalau tak mampu
ARTIKEL BERKAITAN:Dapat petunjuk istikharah, pemuda reda tunang minta putus seminggu sebelum raya… Tak jadi fitting baju, cincin dipulangkan
Dalam hantaran terdahulu, wanita ini turut menjelaskan punca utama keputusan itu dibuat yang mana dia mendakwa lelaki itusudah mula meminjam duit daripadanya.
“Pasangan saya sudah mula meminjam duit. Perempuan memang cepat kasihan jadi bagi la pinjam. Bila sudah bagi, makin menjadi-jadi pula pinjamnya.
“Walaupun sudah lama pinjam tapi sampai sekarang tak pulangkan semula. Makin lama, baru tersedar. Saya rasa sudah terlambat nak patah balik,” ceritanya.
Masa awak nak putuskan, awak patutnya buat benda yang sama.
NETIZEN
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen kerana kisahnya menarik perhatian ramai.
Rata-rata warga maya turut memberikan cadangan kepada wanita ini untuk menyelesaikan masalah dihadapi.
“Kalau tak nak jumpa depan-depan boleh buat video call mungkin. Zaman sudah moden, kasi putus sampai jadi. Semoga berjaya.
“Buat panggilan video saja. Hati-hati jangan makan atau minum sembarangan. Entah-entah nanti kena ilmu sebab dendam,” kata beberapa netizen.
Seorang wanita memulangkan cincin selepas mengenali sikap sebenar tunang sendiri. -Gambar hiasan
Dalam pada itu, ada juga warga maya yang memahami kenapa pihak lelaki bertindak sedemikian.
“Masa dia nak tunang dengan awak, mak ayah dia datang elok, disambut elok. Masa awak nak putuskan, awak patutnya buat benda yang sama.
“Awak tak datang pun tak apa, mak ayah awak kena datang. Walaupun awak tak buat keputusan nak putus, mesti ada pengakhiran yang baik,” komen seorang netizen lagi.