RSS Suria

Geram biras mulut jahat! Selalu kutuk bapa mentua sebab kahwin 2… Nak tegur, sedar diri cuma ‘orang luar’

DALAM kehidupan berumah tangga, salah satu ujiannya adalah hubungan dengan keluarga mentua termasuklahmelibatkanipar duai.

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dan geram terhadap birasnya yang dilihat sering bersikap kurang ajar terhadap bapa mentua mereka.

Dalam satu luahan di media sosial, wanita itu berkongsi kisah bagaimana birasnya yangmerupakan isteri kepada adik iparnya sering memburuk-burukkan bapa mentua setiap kali berkumpul di rumah keluarga.

Konflik dalam keluarga sering dikongsikan di media sosial. -Gambar hiasan

“Macam mana nak bagi pengajaran dekat biras kurang ajar? Setiap kali datang rumah mak mentua, mesti nak cerita hal buruk bapa mentua.

“Padahal bapa mentua aku dah kahwin dua, tapi nafkah dan perbelanjaan cukup je untuk mak mentua aku,” luahnya.

Menurut wanita itu lagi bapa mentuanya dilihat tidak pernah mengabaikantanggungjawab terhadap isteri pertama.

ARTIKEL BERKAITAN:Nak nikah duda, wanita ‘seram’ tengok bakal mentua asyik kutuk bekas menantu… Tak mustahil terima nasib sama

ARTIKEL BERKAITAN:Mak mentua angau dengan laki Bangladesh… Anak, menantu buntu kubur arwah bapa masih merah, idah belum habis

Malah, dia juga membantu membayarRM5,000 deposit kereta untuk anak lelakinya yang juga suami kepada biras tersebut.

Wanita itu mengakui pada awalnya dia memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu mencampuri urusan keluarga orang lain.

Namun, sikap melampau birasnya itu membuatkan dia merasakan perlu ada seseorang yang dapat bertindak menghentikan sikap buruk tersebut.

Jangan terlalu nak masuk sangat dalam keluarga belah suami. Kita santai-santai je.

NETIZEN

“Apa lagi dia nak? Saya tahu saya ni menantu je tapi seseorang perlu hentikan dia daripada cakap buruk pasal bapa mentua saya.

“Lagi melampau siap cakap bapa mentua saya tak ada agama, tak solat. Mana kau (biras) tahu orang tu tak solat.

“Setiap hari orang tu asyik ingatkan anak menantu dia jangan lupa solat. Kau siapa nak cakap macam tu. Sumpah menjengkelkan dia ni,” ujarnya.

Komen netizen di media sosial.

Netizen yang membaca luahan tersebut menyarankan agar suami pengadu bersemuka dan menasihati birasnya itu secara berhemah.

“Diam je sis. Jangan terlalu nak masuk sangat dalam keluarga belah suami. Kita santai-santai je. Ada benda yang boleh dan perlu bersuara. Ada benda kita kena diamkan je.

“Jangan masuk campur sebab bilamereka berbaik, awak yang nampak buruk nanti. Suami awak yang kena nasihatkan adik beradik dia dan adik atau kakak ipar dia tu. Jangan awak buat okay,” antara komen netizen.

Scroll to Top