SETIAP individu yang bercinta pasti mengharapkan hubunganberakhir ke jenjang pelamin.
Demikian juga dengan wanita ini yang menaruh harapan tinggi agar hubungan bersama teman lelakinya dinoktahkan dengan ijab kabul apatah lagi mereka sudah tiga tahun bercinta.
Biarpun menyayangi kekasihnya itu, namun wanita tersebut mengakui timbul dilema dalam dirinya untuk ke fasa seterusnya memandangkan lelaki berkenaan belum mempunyai pekerjaan tetap sehingga kini.
“Saya ada ber’kawan’ dengan seorang lelaki yang menghampiri four series tapi masih struggle dengan ekonomi diri sendiri.
Ramai lelaki melakukan dua pekerjaan untuk mencari pendapatan sampingan. -Gambar hiasan
“Saya sendiri akan cakap saya tak berkawan dengan siapa-siapa bila orang tua atau family bertanya soal kahwin. Sebab mak selalu cakap nak cari lelaki biarlah kerja tetap.
“Saya sendiri kerja tetap. Cuma kurangnya diri saya, umur dah 29 tahun, rupa paras biasa sahaja dan badan berisi. Market pun dah jatuh menjunam, mana mungkin nak memilih kan.
“Jadinya saya tersepit antara realiti orang yang nak dekat saya dan restu serta penerimaan orang tua sendiri,” luahnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Selain itu tambah wanita tersebut, disebabkan kekasihnya kurang stabil darisegi kewangan, dia yang sentiasa beralah setiap kali mereka keluar dating.
ARTIKEL BERKAITAN:Belum kahwin dah ‘red flag’! Calon suami nak beri hantaran rendah, minta jangan berhenti kerja lepas beranak
ARTIKEL BERKAITAN:Dua hari tak balas mesej, tunjuk sayang cuma masa mula bercinta… Wanita nekad tinggalkan BF redflag
“Terkadang sebenarnya saya berfikir soal sikap dan perangai dia yang agak turn off. Contoh macam kalau keluar dating, saya yang perempuan pergi jemput dia dekat rumah jarak dalam 20 minit naik kereta saya.
“Sebab awal kenal kereta dia rosak. Once dah repair saya tak pernah naik pun sampai sekarang dia dah jual pun keretanya,” kongsinya lagi.
Biarpun begitu, wanita tersebut berkata dia memilih untuk ‘memejamkan mata’ bukan sahaja kerana menyedari kekurangan sendiri, tetapi berpegang kepada kata-kata kekasihnya yang mahu menghalalkan hubungan mereka.
Ada tiga hati yang perlu dijaga. Hati mak, saya sendiri dan lelaki tersebut.
PENGADU
“Lelaki tu jenis just go with the flow, tunggu ada duit baru jumpa mak abah. Tangguh dari tahun pertama ke tahun kedua dan akhirnya masuklah tahun ketiga.
“Macam saya cakap, dia masih struggle dengan ekonomi diri sendiri. Dipendekkan cerita, tadi dia dah start bincang preparation nak kahwin.
“Tapinya saya cakap jumpalah parents dulu, kalau restu baru proceed. Ada tiga hati yang perlu dijaga. Hati mak, saya sendiri dan lelaki tersebut. Doakan ya,” tulisnya lagi.
Antara komen netizen di media sosial.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya menyarankan supaya wanita tersebut mengundur diri sebelum merancang untuk ke fasa seterusnya kerana dibimbangi perkahwinan yang dibina runtuh di tengah jalan kerana sikap pasangannya.
“Lelaki macam ni punya banyak redflag pun awak masih berharap nak kahwin dengan dia? Ciri-ciri biawak dah terserlah lama dah. Nanti dah kahwin, awak yang jadi suami.
“Nampak sangat sejenis lelaki ambil mudah semua benda sebab umur pun dah four series. Macam yang dah disarankan, run!
“Jangan buta kerana cinta. Jangan rasa diri tak laku. Lebih baik single daripada menyesal kahwin dengan orang yang salah,” komen netizen.