RSS Suria

Tak mudah jadi isteri duda kaya! Ex-wife suami ‘ghaib’ 5 tahun tiba-tiba muncul berbaik dengan mentua, siap bawa jalan-jalan

SETIAP perkahwinan pasti tidak akan terlepas diuji dengan pelbagai cabaran.

Ujian boleh hadir dalam pelbagai bentuk sama ada dari luar, dari dalam diri sendiriatau dari sejarah masa lampau contohnya perkahwinan terdahulu yang gagal.

Mungkin ramai beranggapan mendirikan rumah tangga dengan individu berstatus duda atau janda yang tidak mempunyai ‘pakej’ cahaya mata adalah lebih mudah kerana tiada komitmen besar yang perlu dikongsi.

Namun hakikatnya, ia tetap mempunyai cabaran tersendiri yang kadangkala lebih mencabar daripada yang dijangka, sebagaimana kisah yang dikongsikan olehwanita ini.

Kehadiran ‘orang ketiga’ lazimnya menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Kehadiran ‘orang ketiga’ lazimnya menjadi punca keruntuhan rumah tangga.

Valid ke perasaan saya rasa cemburu dengan ex-wife husband yang masih rapat dengan ibu mentua dan family dia.

By the way, diaorang tak ada anak pun bersama. Dah bercerai selama lima tahun, tak pernah jumpa pun ibu mentua, then bila kami kahwin tiba-tiba dia muncul semula bawa ibu mentua jalan-jalan makan, ajak pergi jalan-jalan.

“Ibu mentua saya ni lembut hati orangnya,” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Diri sendiri lahirkan 6 anak di hospital swasta, mentua suruh menantu bersalin ‘gomen’ saja – “Dia takut duit anaknya ‘disakau’ isteri”

ARTIKEL BERKAITAN:Mentua buang kuih raya air tangan menantu, habis 6 balang tabur belakang rumah – “Biskut macam ni bagi itik jelah!”

Menurut wanita tersebut, bekas isteri kepada suaminya itu mula membuat ‘onar’ apabila mereka mahu berkahwin sekitar tiga tahun lalu sedangkan sebelum itu ‘ghaib’ tanpa khabar berita selepas sah bercerai.

“Selama lima tahun bercerai dia tak pernah contact ibu mentua dan anak-anak buah dia.

“Lepas tahu kitaorang nak kahwin, dia buat video meroyan dekat TikTok dia. Dia akan senyap meroyan bila busy dengan jantan-jantan skandal,” tulisnya lagi.

Tidak meragui sama sekali kesetiaan suaminya, namun wanita berkenaan mengakui tingkah laku aneh bekas isteri pasangannya itu sedikit sebanyak membibitkan rasa cemburu apatah lagi mendapat sambutan baik daripada keluarga mentuanya.

Sebahagian komen netizen.

Sebahagian komen netizen.

Husband saya aware dengan benda ni, dah beritahu ibu mentua jangan layan sangat meroyan ex-wife dia, tapi orang tua kan… dia meraikannya.

“Suami menjaga reputasi dia sebagai businessman. Masa saya bersalin, suami hadiahkan Mini Cooper, rumah dan travel around the world.Dia (bekas isteri suami) tahu, dia buat video cakap saya jealous dengan dia dan macam-macamlah.

Valid ke perasaan saya ya? Mula-mula fikir kahwin dengan duda tak ada anak ni sebab malas nak handle drama. Nahkena juga hadap,” tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi yang pelbagai namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan lebih berhati-hati dikhuatiri bekas isteri kepada suaminya mempunyai niattidak baik.

“Valid! Memang harus ada rasa cemburu. Yang penting ibu mentua dan suami awak tak tertarik dengan ex balik.

Just berhati-hati je sis. Kekalkan dalam mode radar memerhati.

“Kita manusia tapi janganlah sebab perasaan tu kita jadi curiga dekat suami atau mentua. Jangan sampai perasaan tu makan diri. Cemburu yang berpada dan berasas,” komen netizen lagi.

Scroll to Top