RSS Suria

Lelaki gila talak, mahu bekas isteri hidup susah naik turun balai 35 kali! Sengaja fitnah, buat laporan palsu dera anak

KEBANYAKAN pasangan tidak sehaluan memilih penceraian sebagai jalan terakhir untuk menamatkan segala konflik yang membelenggu kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, bagi seorang wanita penceraian nampaknya tidak menyelesaikan masalahapabila dia mendakwa masih terus diganggu oleh bekas suami.

Dakwa wanita itu, lelaki itu tergamak membuat tuduhan kononnya dia mendera anak mereka sehingga melaporkannya kepada polis semata-mata mahu melihat dia dipenjarakan.

Ada yang sanggup melakukan apa sahaja bagi menyukarkan hidup bekas pasangan. -Gambar hiasan

“Petang kelmarin aku dapat panggilan daripada pegawai polis. Katanya, bekas suami aku buat laporan polis lagi, tuduh aku dera anak.

“Bagi keterangan dan semuanya. Polis pun tengok keadaan anak aku. Alhamdulillah, tak ada pun luka atau lebam macam yang bekas suami aku dakwa.

“Lepas tu aku nak balik, tiba-tiba polis tu beritahu aku kena ke hospital pula. Masa tu, memang panas hati aku. Kalau aku ke hospital, confirm kena warded sebab anak sulung aku bawah 18 tahun,” ujarnya.

Bukan sekali dua kejadian ini berlaku, wanita itu mengakui serik berdepan situasi sama setiap kali bekas suaminya bertindak sengaja membuat laporan palsu.

ARTIKEL BERKAITAN:Dulu nak lacur bini, kini gila talak! Lelaki ‘panas’ tengok bekas isteri bertunang, canang sana sini masih belum cerai

ARTIKEL BERKAITAN:Beri alasan ‘awak dah tak menarik’ selepas kantoi bawa skandal balik rumah, suami gila bayang tengok isteri pasang badan ketika proses cerai

Lebih memeningkan kepala, dia yang terpaksa mengurus segala urusan siasatan bagi membuktikan dirinya tidak bersalah, termasuk menunggu hasil pemeriksaan kesihatan ke atas anak mereka.

“Sebelum ni pun, bekas suami aku dah buat hal yang sama. Tuduh aku dera, selepas itu bawa anak ke hospital, anak kena warded, masuk air bagai. Sampai tiga hari. JKM datang, keluarkan surat sahkan anak tak didera.

“Dan kali ni, aku memang bertekak dengan pegawai polis tu. Aku tak puas hati. Kenapa aku dan anak-anak perlu jadi mangsa si gila tu? Bukan sekali tapi dah lebih 35 kali!” jelasnya.

Menjawab komen salah seorang netizen, wanita itu memberitahu kesabaran semakin menipis, malahpernah berniat untuk menyaman bekas suaminya atas fitnah dilemparkan selama ini.

Bukan sekali tapi dah lebih 35 kali!

PENGADU

Namun, mengenangkan kos pembiayaan guaman yang tinggi, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

“Nak buat saman fitnah atau malu bukan murah. Busuk-busuk pun kena ada RM10,000 dalam tangan. Biasanya dalam RM40,000, bergantung kepada firma peguam.

“Laporan balas pun dah dibuat. Tapi hmm… gitulah. Tak ada pula pegawai penyiasat (IO) call tanya pasal laporan palsu tu,” kongsinya.

Sementara itu, perkongsian tersebut mengundang pelbagai pendapat dalam kalangan netizen, malah ramai yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita berkenaan.

Komen netizen di media sosial.

“Sis, polis pun kadang tak boleh buat apa sangat. Cuba dapatkan nasihat peguam dan mohon perintah mahkamah.

“Dia tu memang sakit hati. Sebab tu dia buat macam-macam cara nak sakiti awak. Tapi anak-anak yang paling kesian.

“Pelik betul. Kenapa dia terlalu beria nak rebut hak penjagaan? Dia tu betul-betul mampu ke nak jaga anak? Takut kalau jatuh kat dia, anak tu lagi tak terurus,”komen netizen lain.

Scroll to Top