RSS Suria

Impian pulang ke Malaysia mungkin terkubur, pendakwa raya fail rayuan lanjut tahanan penyanyi ‘Bey Soba Bey’

PENYANYI Eda Ezrin dijangka akan terus ditahan di Narathiwat dalam tempoh sebulan akan datang.

Ia susulan pihak pendakwa raya Thailand telah memfailkan rayuan lanjutan tahanan di Mahkamah Narathiwat terhadap Eda, suaminya dan empat individu lain.

Permohonan itu dikemukakan di kaunter mahkamah pada petang Jumaat.

Laporan BH menyebut rayuan tersebut dibuat bagi memberi lebih masa kepada penyiasatan mengumpul bukti yang mengaitkan kesemua mereka dengan pemilikan 6,059 biji pil jenis yaba.

Siasatan kes Eda masih akan diteruskan.

Jurucakap mahkamah memaklumkan hakim dijangka membuat keputusan mengenai rayuan awal minggu depan.

Pada 6 Mac lalu, Eda yang popular menerusi lagi Bey Soba Bey dibebaskan daripada pertuduhan memiliki pil berkenaan pada 1 November tahun lalu di Sungai Golok, Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN:Eda Ezrin, suami dan 4 rakan kembali ke penjara, pendakwaan mungkin fail rayuan bebas pertuduhan miliki dadah

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi ‘Bey Soba Bey’ kirim salam, Eda Ezrin reda beraya di sebalik tirai besi

Biarpun begitu dia masih perlu ditahan kerana ada kemungkian pihak pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan dibuat Mahkamah Wilayah Narathiwat.

Sementara itu, bagi tuduhan mengambil dadah, hakim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak (RM526) terhadap mereka.

Bagaimanapun, kesemuanya tidak perlu menjalani hukuman penjara kerana telah ditahan lebih empat bulan di sana.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top