RSS Suria

Dua kakak sepakat tunjuk kuasa, macam ‘penjajah’ di rumah ibu… Tergamak halau adik keluar bilik – “Mak pun macam hilang hak”

DALAM sesebuah keluarga terutama yang mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai, berkongsi bilik merupakan perkara biasa.

Namun seiring dengan peningkatan usia, pasti wujud situasi di mana salah seorang daripada mereka mula mendambakan ruang peribadi yang lebih selesa dan bebas.

Dalam keadaan ini, tidak dapat dielakkan berlakunya perselisihan faham terutamanya jika salah seorang enggan bertolak ansur atau mula menunjukkan sikap mementingkan diri, sebagaimana kisah yang dialami oleh individu ini.

Dalam kebanyakan keluarga, anak-anak diajar berkongsi dan tidak mementingkan diri. -Gambar hiasan

“Susahnya apabila dapat kakak yang perangai selfish. Daripadashare bilik, nak bilik sorang-sorang sampai buang habis barang adik sendiri letak dekat ruang tamu, biar adik ni tak payah ada bilik.

“Dah labaru balik dari kolej. Tengok-tengok barang semua dah dekat luar,” tulisnya dalam perkongsian berkenaan.

Menurut individu tersebut, meskipun rumah berkenaan milik ibunya, namun teguran yang disuarakan langsung tidak pernah diambil peduli oleh dua orang kakaknya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Kakak lari rumah, gelabah adik langkah bendul! Dah 10 tahun bercinta, duit cukup… takkan masih kena ikut giliran

ARTIKEL BERKAITAN:Sengsara dapat kakak mulut lancang! Suka perlekeh gaji adik bongsu, lepas tangan kebajikan mak ayah… Siap suruh kahwin selepas monopos

“Nak conquer ambil bilik satu seorang, kalau boleh sampai rumah pun nak conquer. Mak yang owner rumah pun macam tak ada hak dekat rumah sendiri.

“Sampai dah rasa malas nak balik sebab apabila balik, nak kena hadap perangai dua orang kakak sendiri yang mengalahkan kanak-kanak punya perangai.

Pastikan kalau kakak tu kahwin jangan duduk rumah mak lagi.

NETIZEN

“Apabila tegur, mereka saja yang betul sebab saya ni adik. Give up dah rasa. Cepatlah habis study, kerja sendiri dan boleh duduk sewa luar,” tulisnya.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap individu tersebut, malah mereka turut mendoakan supaya hasratnya untuk berpindah dipermudahkan.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan. -Gambar hiasan

“Suruh saja mak halau dari rumah. Dah kerja still nak menyusahkan orang tua.

“Sama ada ibu bapa yang kena bertegas atau awak cari peluang duduk luar je la dik. Dengan adik-beradik memang susah. Kesian dekat mak, tapi nak buat macam mana.

“Pastikan kalau kakak tu kahwin jangan duduk rumah mak lagi. Beritahu siap-siap kalau kahwin kena duduk luar,” demikian antara komen netizen.

Scroll to Top