RSS Suria

Batu nisan pengubat rindu… Ibu tak berganjak dalam hujan, setia di pusara anak lelaki – “Arwah meninggal selepas 47 hari ditidurkan”

RAKAMAN momenseorang wanita yang sedang menziarahi sebuah pusara ketika cuaca hujan ternyata mengundang sebak dalam kalangan netizen.

Video sayu itu dikongsi bekas pemain bola sepak negara Baddrol Bakhtiar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Kedah.

Menurut Baddrol, dia melihat wanita itu ketika datang ke tanah perkuburan berkenaan untuk melawat pusara arwah anaknya.

Menantu dan besan wanita itu turut muncul di ruangan komen untuk berkongsi kisah sebenar.

“Dalam perjalanan menziarahi pusara anak saya, hati ini tersentuh melihat seorang ibu di bawah rintik hujan, menatap kubur dengan perasaan yang sukar digambarkan.

“Kehilangan yang mendalam, namun doa dan harapan tetap bersemadi di setiap hembusan nafas. Semoga roh mereka tenang dan damai di sana. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi 35 saat itu, wanita berkenaan dilihat duduk di atas kerusi plastik yang diletakkan di sisi sebuah pusara.

Suami saya demam panas on off seminggu,sampai di hospital, disahkan pneumonia… ditidurkan 47 hari.

BELLA AL UTHMAN

Hingga kini video itu turut menerima lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu dikenali sebagai Bella Al Uthman memaklumkan yang wanita di dalam video itu merupakan ibu mentuanya.

“Tu mak mentua saya. Kubur arwah suami saya. Mak saya datang dari Terengganunak melawat arwah anak dia. Al-Fatihah untuk arwah suami saya.

ARTIKEL BERKAITAN:Anak pergi kubur minta arwah ibu hadiah pelukan, akhirnya terpaksa peluk diri sendiri – “Susah hidup tak ada mama”

ARTIKEL BERKAITAN:Rider baring di pusara dedah kisah tragis, ibu kemalangan lepas beli barang niaga nasi lemak – “Ada hari saya datang lima, enam kali”

“Terima kasih YB (Yang Berhormat) atas doa-doa. Semoga doa yang baik-baik berbalik kepada kita semua. Kasih ibu sampai ke syurga

“Alhamdulillah rezeki suami saya ada ibu yang baik. Suami saya sangat beruntung. Masa arwah hidup, arwah seorang anak yang baik dan taat kepada orang tuanya,” tulisnya.

Menjawab soalan netizen, Bella memberitahu arwah suaminya meninggal dunia akibat demam panas dan pneumonia.

“Suami saya seorang ayah dan suami yang sangat baik. Pemergian suami saya pun sangat-sangat mudah. Allah lebih sayangkan dia.

Komen netizen berhubung video tular itu.

“Suami saya demam panas on off seminggu. Sampai di hospital, disahkan pneumonia. Ditidurkan 47 hari,” kongsinya lagi.

Selain Bella, besan kepada wanita dalam video tular itu turut muncul berkongsi cerita di ruangan komen.

“Makcik ni besan saya, kak Shidah. Datang dari Terengganu ziarah kubur anaknya di Sungai Petani. Sebelum meninggal, anaknya ditidurkan 47 hari.

“Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Fazrin,” tulis Ita Rizal pula.

Untuk rekod, Baddrol juga baru sahaja kehilangan anak bongsunya, Muhammad Darwisy yang meninggal dunia pada Mac lalu.

Arwah anaknya yang meninggal pada usia 12 bulan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin Taman Kelisa Ria, Sungai Petani.

Scroll to Top