RSS Suria

Tak percaya pantang larang orang bisnes, peniaga ini tetap jual nasi kosong… Keajaiban muncul selang beberapa minit!

BAGI sesetengah peniaga, ada pelbagai pantang larang dan petua turun-temurun yang dipegang kuat demi memastikan perniagaan mereka berjalan lancar.

Namun berbeza pula bagi seorang peniaga makanan, Sha Mohd Razalikerana dia lebih yakin padausaha dan rezeki yang ditentukan Allahberbanding bergantung kepada kepercayaan tertentu dalam dunia perniagaan.

Menerusi media sosial, Sha berkongsi pengalamannya tatkaladijuji dengan ketiadaan pelangan di kedai miliknya.

Perkongsian Sha mengenai pantang larang berniaga mendapat sambutan di media sosial.

“Buka kedai pukul 7 pagi, tapi sampaii pukul 9 pagi masih belum ada pelanggan singgah. Selepas pukul 9 pagi baru ada seorang berhenti tapi beli lauk saja iaitu seketul ayam masak kari.

“Pernah terbaca ada seorang peniaga kongsi petua turun temurun keluarga. Katanyadiatak akan jual nasi kosong atau lauk kosong kepada pelanggan pertama.

“Katanya nanti tak bertuah pada hari berkenaan. Nanti sale tak tinggi, jualan tak habis… macam-macam dia kongsi dan ramai followerturut berbuat hal yang sama,” katanya.

Namun, Sha memilih untuk tidak mengikut kepercayaan tersebut dan tetap melayan apa sahaja permintaan pelanggan walau hanya membeli lauk semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Peniaga bengang pembeli melebih-lebih minta diskaun, tak fikir orang cari rezeki – “Duit tak ada tapi selera tinggi!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Buat kisah sedih apabila tak laku” – Pelanggan muak layan ‘drama’ peniaga festival makanan, hakikatnya jualan tak sedap tapi mahal

Apa yang mengejutkan,Sha yang berniaga di Kelantan berkata tidak lama selepas pelanggan pertama beredar,kedainya mula didatangi orang ramai tanpa henti.

Malah, semua lauk yang diniagakan pada hari tersebut habis terjual sebelum pukul 11 pagi.

“Saya tetap jual. Tak kira pelanggan nak beli apa, saya jual je. Tak hirau apa-apa petua termasuk nak beli nasi kosong, lauk kosong pun saya jual. Saya bersyukur walaupun awal pagi jualan tak berapa okey.

“Tapi selepas pukul 9 pagi setelah jual lauk je kepada pelanggan pertama, tiba-tiba pelanggan singgah tak putus hingga terpaksa pesan ayam berkali-kali,” ujarnya.

Rezeki tak ditentukan oleh petua tapi ia datang dengan izin Allah SWT.

SHA MOHD RAZALI

PENIAGA

Tambah Sha, dia amat bersyukur apabila kesabarannya membuahkan hasil dengan rezeki tidak disangka-sangka.

“Semua lauk jualan habis licin. Pukul 12 tengah hari sudah siap kemas dan basuh semua peralatan memasak… bolehbalik awal.

“Rezeki ni tak ditentukan oleh petua tapi ia datang dengan izin Allah SWT,” ujarnya.

Perkongsian Sha meraih pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya memuji caranya berfikir mengenai perkara tersebut.

Komen netizen di media sosial.

“Boleh jatuh syirik kalau percaya tu.

“Tahniah sis sebab berfikiran logik dan bijak. Saya suka peniaga macam ni.

“Setuju. Petua murah rezeki jangan percaya benda karut. Yang selalu masalah ni sebab percaya benda karut je. Ada je masalah mereka.

“Kedai saya kalau pelanggan pertama beli air je, kami tak ambil duit. Kami akan tunggu yang beli mi celup je, ” komen beberapa netizen.

Untuk makluman, syirik bermaksud menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, sama ada dalam bentuk penyembahan, kepercayaan atau perlakuan.

Dalam Islam, syirik merupakan dosa paling besar dan tidak akan diampuni sekiranya seseorang meninggal dunia tanpa bertaubat daripadanya.

Scroll to Top