RSS Suria

Wanita dianiaya 3 rakan di Bali, wang belanja RM1,000 habis dikikis! Paling sakit hati bagi alasan tak bawa beg duit

RAMAI yang mengakui perangai sebenar kawan-kawan mahupun orang terdekat hanya terserlah ketika pergi melancong bersama.

Begitulah juga nasib seorang wanita ini selepas percutiannya ke Indonesia rosak gara-gara tiga rakan yang tidak bertanggungjawab.

Berkongsi di Thread, dia mendakwa tiga rakannya itu hanya membawa sedikit wang, menyebabkan dia terpaksa menanggung banyak kos.

Selain keindahan panorama, makanan di Bali turut menjadi tarikan. -Gambar hiasan

“Pernah melancong ke Bali dengan tiga perempuan bodoh. Semua terpaling mampu melancong tapi masing-masing hanya bawa RM500, saya pula bawa RM1,000.

“Seorang tudia gelarkan dirinya akauntan tapi tak bawa beg duit masa melancong. Masa tu saya bayar supir, bot dan sebagainya.

“Yang lain dah habis cash. Jadi duit shopping saya tak ada sebab kena cover (perbelanjaan) mereka,” dakwa individu itu.

Balik Kuala Lumpur, minta balik duit lepas dua ke tiga hari, dikatakansaya kedekut.

MANGSA

Selain meminjam wang, dia berkata baju serta alat soleknya turut digunakan oleh rakan-rakannya.

Selepas melalui episod menjengkelkan itu, dia mendakwa sekali lagi dianiaya selepas mereka pulang ke Malaysia.

“Balik Kuala Lumpur, saya minta balik duit lepas dua ke tiga hari, tapi saya pula dikatakankedekut. Waktu semua memerlukan, saya bagi terus.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita rimas kawan-kawan pesan barang masa melancong, suruh jadi PS… Kacau ‘me time’ – “Bagasi aku bukan untuk barang kau”

ARTIKEL BERKAITAN:Hidup mewah, melancong luar negara rupanya banyak hutang! Hasil buat ‘content’ ciput, wanita dedah rahsia Gen Z pinjam RM50,000

“Kita minta balik, kena cop begitu. Semua berperangai buruk, sesuai muka,” ceritanya lagi.

Akhir perkongsiannya, wanita itu meluahkan rasa syukur kerana dia tidak lagi bersahabat dengan tiga individu berkenaan.

“Masa melancong pakaian macam s*ndal. Depan mak ayah acah suci. Menyampah je semua. Alhamdulillah sekarang dah buang kawan-kawan tu,” tulisnya lagi.

Kita perlu membawa wang yang mencukupi ketika melancong. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang pernah berdepan pengalaman sama.

“Pernah kena. Serik. Jadi sekarang melancong solo. Sesiapa nak ikut, saya berikan tarikh dan nombor penerbangan. Lain-lain uruskan sendiri.

“Sebab tu orang kata kalau nak kenal perangai seseorang, kena ajak bermusafir. Memang betul,” tulis netizen.

Scroll to Top