RSS Suria

Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!

WANG hantaran merupakan hadiah yang diberikan pihak lelaki kepada bakal isteri untuk digunakan mengikut kemahuannya termasuk dalam persediaan menjalang hari bahagia.

Namun alangkan terkejutnya bagi seorangseorang bakal pengantin lelaki apabilamengetahui wang hantaran untuk si isteri menjadi sasaran ibunya sendiri.

Menurut lelaki yang tidak mendedahkan identiti dalam luahannya di Facebook,keluarganya bersetuju untuk menetapkan jumlah RM13,000 sebagai wang hantaran.

Ramai lelaki mempunyai masalah mengenai duit apabila melibatkan wang hantaran kahwin. -Gambar hiasan

“Untuk bakal pengantin lelaki, tegas sikit bab duit hantaran. Bakal orang rumah saya ada beritahu dia nak duit hantaran RM8,000 untuk bagi mak dia. Saya tanya kenapa mak nak duit tu, dia nak buat apa.

“Saya cakap dekat bakal orang rumah saya, dia tak fikir ke duit hantaran ini la nak buat kenduri, nak beli barang hantaran, nak sewa baju pengantin, pelamin, dewan dan katering,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Mahu tenang berpuasa, lelaki baru kahwin lafaz talak menjelang Ramadan! Dosa silam isteri hantui diri, banyak video aksi ranjang

ARTIKEL BERKAITAN:Hanya sebab ada ijazah, hubungan dengan lelaki bergaji RM1,800 tak direstui – “Saya nampak potensi kekasih”

Tambah pemuda berkenaan, dia begitu terkejut apabila dimaklumkanbakal ibu mentuanya bercadang menggunakan duit hantaran perkahwinan anaknya sendiri untuk menebus semula barang kemas yang dipajak.

Enggan berdiam diri, dia nekad untuk bersemuka sendiri dengan wanita itu dan meluahkan pendiriannya.

“Saya cakap tak akan bagi RM8,000 yang diminta tu kepada mak dia. Saya minta tunggu semua urusan majlis selesai dulu, jika ada baki baru bagi dekat mak dia.

Kena tegas, jangan biarkan orang pergunakan kita untuk kepentingan diri sendiri.

PENGADU

“Mak dia setuju dengan apa yang saya cakap. Alhamdulillah majlis saya pun sudah selesai. Bab mak dia nanti kita selesaikan kemudian. Jangan bagi muka.

“Kita kena tegas jangan biarkan orang pergunakan kita untuk kepentingan diri sendiri,” katanya lagi.

Hantaran dikongsikan ini meraih pelbagai reaksi warga maya mengenai cara lelaki ini menegur ibu mentuanya.

Komen netizen di media sosial.

Rata-rata warganet bersetuju dengan tindakannya dan memuji keberaniannya dalam mempertahankan prinsip seperti diceritakan.

“Bagus nak bagi juga baki duit hantaran. Kalau saya la, tak layan dah mungkin permintaan ibu tu sebab masalah mak dia kenapa kita kena selesaikan pula.

“RM8,000 tu boleh buat belanja selepas kahwin nak beli perabot semua dan untuk simpanan masa kecemasan.

“Setuju. Sebelum majlis pun dah cakap dengan ayah. Duit hantaran nak pakai untuk majlis. Bayar apa yang patut. Kalau ada lebih, baru bagi,” komen beberapa netizen.

Scroll to Top