RSS Suria

Sedang berduka di sisi jenazah suami, isteri geram ada orang datang ziarah sebut perkataan ‘anak yatim’

SAATseseorang kehilangan insantersayang, emosinya berada dalam keadaan paling rapuh sehinggaperkataan atautindakan biasa orang sekeliling boleh membuatkan hati tersentuh.

Itulah pengalaman perit dilalui seorang wanita ketika berada di masjid sambilmenatap jenazah suaminya yang baru sahaja meninggal dunia.

Dalam keadaan masih berduka dan cuba menguatkan diri demi anak kecil mereka, wanita itu tidak menjangka mendengarkata-kata yang amat membuatkan dia terasa hati.

Seorang wanita sedih dengan kata-kata seorang individu ketikamenziarahijenazah suaminya. -Gambar hiasan

“Suami saya baru sahaja meninggal. Masa dekat masjid saya duduk tepi jenazah. Anak saya tengah minum susu atas (riba) mak sebelah saya.

“Tiba-tiba ada seorang hamba Allah datang terus cakap depan mak saya dengan orang sekeliling kesian (rasa simpati) dah jadi anak yatim sambil usap kepala anak saya,” ujarnya.

Situasi itu ternyata amat menyentuh perasaan wanita berkenaan yang masih berduka, lebih-lebih lagi apabila ia dilafazkan secara terbuka di hadapan orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN:Cinta terlarang terbongkar… Wanita dibunuh, mayat disimen belakang rumah

ARTIKEL BERKAITAN:Jenazah nenek masih terbujur di rumah, cucu disuruh masak lauk ayam… Kasihan tetamu datang ziarah lapar tak makan

Meskipun sedar hakikat anaknya kini bergelar anak yatim, wanita itu mempersoalkan kewajaranbercakap seperti itusecara di hadapan dirinya dan jenazah suami.

“Makin laju air mata saya jatuh. Mak saya terus cakap jangan macam tu. Tak apa, tok papa (datuk) dengan pak long (bapa saudara) sentiasa ada dengan dia. Makin manja la lepas ni.

“Memang anak saya dah jadi anak yatim tapi perlu ke cakap dekat sebelah jenazah,” katanya lagi.

Memang anak saya dah jadi anak yatim tapi perlu ke cakap dekat sebelah jenazah.

PENGADU

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman serupa dan meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut.

Tidak kurang juga yang cuba memberi semangat dan kata-kata positif kepada dirinya agar terus kuat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang.

Sis, kalau saya dah ‘makan’ penampar yang cakap tu. Saya halau. Saya ni baran orangnya. Allah tahu sis baik dan sabar sebab tu Dia susun ujian pada awak.

Komen netizen di media sosial.

“Saya belajar setiap apa yang Dia ambil dari kita pasti Allah akan gantikan dengan berlipat ganda nikmat dari segala segi mesti ada terselit rezeki untuk kita.

“Semoga hati sis kuat dalam meneruskan hidup demi mendidik anak sis dengan penuh kasih sayang,” komen seorang netizen.

Scroll to Top