RSS Suria

Wany Hasrita dalam fasa ‘mom guilt’, ingatkan diri kerja demi masa depan anak

SEBAGAI seorang ibu berkerjaya, penyanyi Wany Hasrita akur ada ketikanya masa untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak perempuannya terbatas.

Kata Wany atau Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 33, kesibukan dengan jadual kerja juga membuatkan timbul rasa bersalah dalam diri kerana jarang berada di rumah.

Namun dia juga sentiasa ingatkan diri bahawa setiap kerja yang dilakukan adalah demi kesenangan keluarga.

Wany sentiasa mahu luangkan masa dengan anaknya.

“Sekarang ini dalam fasa ‘mom guilt’ sebab kalau saya pergi kerja akan pulang malam. Terpaksa tinggalkan anak di rumah bersama ibu dan pengasuh di siang hari.

“Penat macam mana pun, saya akan ambil anak untuk tidur bersama. Saya cuba bercakap dengannya walau mungkin dia masih belum faham. Sekurang-kurangnya dia melihat muka saya bila bangun pagi.

“Saya selalu ingatkan diri bahawa kerja ini untuk anak. Hanya boleh kuat dan cekalkan hati,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:Kerap tukar pengasuh, Wany Hasrita memang cerewet demi keselamatan anak

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Berjauhan dengan suami, Wany Hasrita berserah jika rumah tangga diuji… Anggap semua hanya pinjaman Allah

Wany berkongsi rutin hariannya itu ketika sidang media pelancaran lagu baharu berjudul Jahat yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

Penyanyi ini juga memberitahu dia hanya akan membawa anaknya, Aisha Al Iman, 2, bersama ketika bekerja jika tempat dan keadaan sesuai.

“Saya nak bawa anak, tetapi opahnya (ibu Wany) sangat protective. Jadi memang kebanyakan masa anak hanya akan duduk di rumah sahaja.

Itupun dia hanya duduk di bilik sahaja.

WANY HASRITA

PENYANYI

“Kecuali jika ada mana-mana persembahan dan saya menempah bilik hotel, barulah anak anak ikut sekali. Itupun dia hanya duduk di bilik sahaja,” ceritanya.

Untuk rekod Wany mendirikan rumah tangga bersama Mohd Al-Adib Fahmi pada 22 Julai 2022.

Sementara itu bercakap tentang lagu baharunya itu, Wany mengambil pendekatan berbeza tampil dengan genre balada yang membawa tema ‘galau’ seperti kebanyakan lagu masa kini.

Baginya ini juga peluang untuk memikat hati pendengar dalam kalangan orang muda.

Wany dan suami jalani perhubungan jarak jauh.

“Sekarang saya cuba untuk besarkan kelompok peminat. Saya perlukan sesuatu untuk pendengar baru,” jelasnya.

Lagu berkenaan merupakan hasil ciptaan bersama komposer Indonesia iaitu Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast.

Karya ini juga menjadi runut bunyi bagi drama Pabila Dia Tersenyum yang sedang ditayangkan di platform penstriman Viu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top