PERKONGSIAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri membelikan telefon bimbit buat anak ketiganya iaitu Ibraheem Adham mendapat perhatian sehingga tular di media sosial.
Kata Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, sejak awal dia memang mendidik anak-anaknya hanya boleh memiliki telefon sendiri apabila mereka mencecah usia 13 tahun.
Aliff memberitahu Ibraheem sudah lama memintanya membeli telefon berkenaan namun dia tidak menunaikan permintaan tersebut kerana enggan memanjakan anak-anak.
Aliff hanya akan belikan telefon buat anak-anak pada usia 13 tahun ke atas.
“Saya tak tahu isu fasal telefon itu akan tular, dia (Ibraheem) dah minta lama sejak dia berusia sembilan tahun lagi.
“Tapi saya memang beritahu anak-anak untuk ada telefon sendiri apabila usia mereka mencapai usia 13 tahun ke atas,” katanya kepada mStar.
Aliff berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis makan malam bersama media di kediamannya yang terletak di Damansara, Selangor pada malam Selasa.
Dalam pada itu, Aliff berkata, dia bukan tidak mampu namun enggan mendidik anak-anaknya dengan kemewahan kerana bukan mudah hidup senang.
ARTIKEL BERKAITAN:Aliff Syukri dah nasihat ahli keluarga, jaga aib tak suka hal dalam rumah viral
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Aliff Syukri cerita dilahirkan di hospital swasta, bimbang ada ingat duduk tepi jalan
Malah kata Aliff, seboleh-bolehnya dia mahu membeli gajet paling murah buat Ibraheem kerana tidak mahu anaknya itu leka dengan telefon.
“Saya tak nak didik anak saya beli telefon mahal, kalau boleh saya nak beli paling murah.
“Ikutkan hati nak belikan Android tapi sebab ramai pengguna iPhone saya belilah jenama itu tetapi model paling murah.
“Saya tak mahu kerana ibu bapa kaya, anak-anak boleh senang-senang pakai telefon mahal, saya dan isteri nak sampai ke tahap ini pun bukan mudah,” jelasnya.
Aliff dan Shahida tak mahu anak-anak leka dengan gajet.
Pada Isnin lalu, hantaran Aliff membelikan telefon bimbit buat Ibraheem menerima pujian ramai.
Rata-rata netizen memuji sikap Aliff sebagai bapa yang pandai mendidik anak-anak kerana tidak memanjakan mereka dengan gajet.
Untuk rekod, Aliff mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Nur Shahida pada Ogos 2007.
Selain Ibraheem, pasangan ini mempunyai lima lagi cahaya mata iaitu, Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!