MULUT celupar penyanyi rap Azealia Banks mengutuk penampilan selebriti yang hadir ke acara Met Gala 2025 yang berlangsung pada Isnin lalu dianggap melampau.
Penyanyi Bebe Rexha yang turut menjadi mangsa Azealia bagaimanapun tidak berdiam diri apabila dia menyelar kenyataan dibuat terhadapnya.
Mana tidaknya, Azelia bukan sahaja mengutuk bentuk badan Bebe yang berisi malah menuduhnya mengambil hormon sehingga menyebabkan berat badannya meningkat.
Rexha dedah alami keguguran baru-baru ini.
Penat dengan orang mengutuk berat badannya, Bebe, 36, mendedahkan dia mengalami keguguran dan mengalami sindrom ovari polikistik atau PCOS yang menjejaskan penampilannya.
“Saya menghidap PCOS (sindrom ovari polikistik) dan bergelut dengan masalah kesuburan. Saya hamil namun malangnya mengalami keguguran. Saya menanggung kesakitan itu dalam diam.
“Saya tidak pernah berhutang dengan sesiapa pun, tetapi mungkin sekarang anda akan berfikir dua kali sebelum mengulas tentang tubuh sesiapa,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:10 peminat diusir keluar, lempar barang ke arah Bebe Rexha ketika sedang menyanyi
ARTIKEL BERKAITAN:Pereka fesyen enggan buat baju Bebe Rexha untuk Anugerah Grammy
Bebe berkongsi perkara tersebut selepas Azealia secara terbuka menyindir penampilannya pada acara yang berlangsung Metropolitan Museum of Art, New York pada Isnin.
Susulan ciapan yang dibuat di laman X itu ramai meluahkan rasa simpati terhadap Bebe selain mengecam tindakan Azealia kerana terlalu kejam.
Dalam masa Bebe juga secara sinis menasihati penyanyi itu untuk mendapatkan terapi berbanding mengkritik tubuh badan orang lain.
“Awak (Azealia) mungkin ingin mencuba beberapa jenis terapi. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang,” ujarnya.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!