BANYAK cabaran dan dugaan yang perlu dilalui apabila mendirikan rumah tangga.
Berdepan dengan sikap mentua yang di luar jangkaan juga merupakan ujian hebat bagi seorang menantu.
Begitulah yang dialami seorang wanita apabila bapa mentuanya didakwa bukan sahaja pemalas, bahkan pengotor.
Malah, sikap buruk itu turut menulardalam kalangan ahli keluarga mentuanya.
Lelaki juga rajin melakukan kerja-kerja rumah. -Gambar hiasan
“Aku tertanya-tanya kenapa bapa mentua aku perangainya tak berubah. Kencing tak reti nak jirus, yang lain berak tak reti nak jirus.
“Hari-hari aku menyumpah dalam hati. Ya Allah, tolonglah beri pengajaran kepada mereka. Rumah sendiri pun macam ni, pergi tempat lain pasti begini juga,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu, bapa mentua dan adik ipar pindah tinggal sebumbung… ‘Bolot’ ruang tamu, setiap hari nak makan makanan mahal
Bukan sekadar pengotor di tandas, malah dakwanyakeluarga mentuajuga bersikap malas lebih-lebih lagi melibatkan kerja-kerja rumah.
Luahnya, dia bukan enggan membantu mentua membuat kerja-kerja tersebut, sebaliknya mempersoalkan sikap mentua yang masih dalam keadaan sihat tetapi berat tulang.
Itu dalam rumah sendiri, bayangkan kalau pergi keluar ke mall atau kawasan R&R.
MENANTU
“Bukan hanya tak nk cuci,angkat pinggan ke singki pun tak nak. Dah macam dekat kedai makan. Kalau kata yang dekat rumah mentua tu semua terlantar tak boleh buat apa aku masih boleh terima nak kena cuci tahi, kencing dan lain-lain.
“Tapi ini sihat walafiat. Bayangkan daripada umur tujuh tahun sampai umur 55 tahun kencing berak tak reti jirus. Keluarga mentua ni pelik,” ujarnya.
Seorang wanita meluahkan perasaan mengenai situasi keluarga mentuanya. -Gambar hiasan
Bercerita lanjut, dia tampil menjelaskan tandas di rumah mentuanya berfungsi dengan baik dan boleh dipam selepas digunakan tetapi apa yang berlaku ada sebaliknya.
“Dua-dua ada, jamban boleh flush dan air pun ada kalau nak siram. Mereka cuma malas dan pengotor je. Sabun jamban pun saya beli. Kalau tak haprak macam tu je, tak cuci.
“Suami dan saya yang selalu tolong bersihkan selepas mereka guna tandas. Tak tahulah nak cakap macam mana. Tapi kalau pengotor nombor satu, memang merekalah,” katanya tanpa menjelaskan sama ada dia pernah menegur bapa mentuanya kerana bersikap pengotor.
Menurut wanita itu lagi, keadaan itu berlarutan sejak bertahun-tahun dan dia terpaksa meluahkannya kerana sudah tidak tahan lagi.
Jelas wanita itu lagi, bapa mentuanya tidak sakit mahupun nyanyukyang mungkin menjadi penyebab lelaki itu tidak menjaga kebersihan diri dan rumah.
“Bapa mentua sihat, tak sakit pun. Tapi itulah, pengotor. Itu dalam rumah sendiri, bayangkan kalau pergi keluar ke mall atau kawasan R&R (Rehat dan Rawat), mesti dia pun tinggalkan je sisa.
“Kasihan orang yang kena hadap. Aku hari-hari menyumpah dalam hati,” luahnya lagi.