RSS Suria

‘Insecure’ berat badan cecah 80 kg, sekarang Mona Allen dah sedia comeback

SELEPAS melahirkan dua cahaya mata, pelakon Mona Allen mengakui pernah hilang keyakinan diri apabila berat badannya naik mencecah sehingga 80 kilogram.

Mona atau Munna Hafiraneza Allen, 40, berkata dia berusaha gigih untuk menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet OMAD (one meal a day) iaitu hanya makan sekali sehari.

Hasilnya, dia kini berjaya menurunkan berat sebanyak 10 kilogram, sekali gus sebagai persediaan untuk membuat kemunculan semula dalam industri hiburan.

“Saya sukar nak turunkan berat badan kerana menyusukan anak dan itu antara sebab saya menolak tawaran berlakon serta berehat seketika dari bidang lakonan.

Mona bersedia untuk kembali berlakon drama selepas tiga tahun berehat.

“Selepas mengamalkan diet makan sehari sekali ketika bulan puasa, saya berjaya turunkan berat badan sebanyak 10 kilogram.

“Berat badan saya sekarang 60 kilogram dan saya bercadang untuk turunkan lagi lima kilogram kepada 55 kilogram sebagai persediaan comeback dalam bidang lakonan,” katanya kepada mStar.

Mona berkongsi perkara itu ketika ditemui pelancaran aplikasi drama pendek pertama di Malaysia ‘Do Drama’ yang diadakan di Aurum Theatre, TRX, Kuala Lumpur pada Khamis.

Dalam pada itu, Mona memberitahu dia kini sudah mula berjinak-jinak semula untuk kembali berlakon selepas berehat tiga tahun kerana memberikan fokus membesarkan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN:Ditegur ambil tempahan kek ketika berpantang, Mona Allen tak sampai hati kecewakan pelanggan… Ada pembantu tolong di dapur

ARTIKEL BERKAITAN:Makin ramai kongsi masalah rumah tangga di media sosial, Mona Allen minta tak jadikan kebiasaan

Kongsi aktres berkenaan, dia terbuka untuk menerima mana-mana tawaran berlakon asalkan sesuai dengan imej yang dibawa sebagai seorang ibu dan wanita berhijab.

“Saya terbuka hati nak berlakon kerana anak sulung pun sudah besar dan akan cecah usia tiga tahun.

“Namun, saya akan lebih selektif dari segi tawaran kerana perlu sesuai dengan penampilan berhijab dan status sebagai isteri serta ibu.

Saya sukar nak turunkan berat badan kerana menyusukan anak dan itu antara sebab saya menolak tawaran berlakon.

MONA ALLEN

PELAKON

“Takkanlah selepas berhijab saya nak langgar pegangan sebagai wanita muslimah. Bukan suami yang letak syarat tapi saya yang sangat menjaga perkara itu. Boleh bersentuhan tapi biarlah berlapik,” ujarnya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin Ibrahim pada 7 Disember 2018.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Petra Pekin, 3, dan Persia Pekin yang kini berusia setahun.

Mona (kiri) dan Pekin dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Dalam perkembangan lain, Mona bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Magika, Bulan Mengembang! yang disiarkan menerusi aplikasi Do Drama.

Do Drama merupakan sebuah aplikasi yang mengkhususkan drama bersiri pendek pertama di Malaysia.

Dibangunkan oleh Drama Byte Sdn Bhd, Do Drama tampil dengan format video menegak dan lebih menarik ia turut menghimpunkan drama pendek berbahasa Melayu dan Mandarin.

Selain Magika, Bulan Mengembang!, Do Drama memperkenalkan tujuh lagi buah drama bersiri pendek original termasuk Paku Hatiku, Rumah Pusaka, Pendekar Malam dan Suara Hati.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top