RSS Suria

“Sayang boleh mai tengok saja” – Wanita terkedu dapat mesej bekas suami, dihalang ambil anak-anak bermalam lepas cerai

KEBANYAKAN wanita yang melalui fasa penceraianpasti berasa sedih apabila hak penjagaan anak diserahkan kepada bekas suami.

Begitulah yang dirasai wanita ini apabila dia tidak dibenarkan bermalam bersama dua anaknya selepas berlakunya perpisahan.

Bukan itu sahaja, menerusi tangkap layar perbualan yang dikongsikan, dia hanya dibenarkan menjenguk anak-anak untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan

“Abang tak bagi orang lain ambil anak-anak abang… abang akan jaga.

“Sayang cuma boleh mai (datang) tengok saja,” demikian mesej dari bekas suaminya.

Kecewa dengan mesej yang diterima, dia mempersoalkan penat lelahnya sepanjang kehamilan.

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita sayu lihat pakcik tua terpinga-pinga datang sendiri ke pejabat agama, anak perempuan murung nak cerai

ARTIKEL BERKAITAN:“Hidup susahkan orang, macam mak kau!” – Bapa tengking anak, marah keluar ikut ibu pergi jamuan tak bawa telefon

Mana tidaknya, dalam tempoh tersebutdia bersendirian ke hospital dan klinik kesihatan kerana memahami tugas suami yang sibuk dengan kerja.

Malah, apa sahaja makanan yang diidamkandibelinya sendiri tanpa menyusahkan suami.

Selama sembilan bulan tu juga aku seorang diri usung badan ke hospital, klinik kesihatan sebab suami tengah kerja.

PENGADU

“Penat la macam ni, penat-penat mengandung anak aku sembilan bulan, dua orang pula.

“Selama sembilan bulan tu juga aku seorang diri usung badan ke hospital, klinik kesihatan sebab faham suami tengah kerja.

“Ketika teringin nak makan apa-apa, semua cari sendiri. Tapi apabila jadi macam ni, aku tak dibenarkan langsung ambil anak untuk dijaga,” luahnya sayu.

Warga maya turut menasihatinya.

Warga maya turut menasihatinya.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa warga maya memintanya bersabar dan membiarkan sahaja anak-anak dijagabekas suami.

Malah ada yang menyatakan, ia peluang terbaik untuk dia berehat dan menenangkan diri.

“Suruh dia jaga, selama ni awak yang jaga. Bagi dia jaga tengok tahan berapa lama. Nanti awak post gambar-gambar pergi jalan-jalan atau spa.

“Dalam Islam pun memang digalakkan anak duduk dengan bapa dia, sakit tu memang terasa sebab kita yang koyak rabak tapi dia yang letak syarat.

“Bukan nak anak sangat tu, cari jalan nak jumpa mak anak-anak dia selalu.

“Sebenarnya perempuan macam ni dah berdamai dengan takdir, janji semua gembira dan jalankan tanggungjawab,” ujar beberapa warga maya.

Scroll to Top