RSS Suria

Suami isteri bengang budak meraung dalam feri! Anggap mak ayahnya tak pandai ajar anak, terlalu berlembut sampai dipijak kepala

MENANGIS dan meraung adalah lumrah buat si kecil dan boleh dianggap perkara biasa oleh ibu bapa.

Namun, tidaksemua individu dapat menerima situasi berdepan dengan bayi atau kanak-kanak menangis dalam tempoh yang lama.

Seperti pasangan suami isteri ini, mereka mengakui rimas dan tidak selesa apabila terdapat budak kecilmenangis di dalam feri.

Kanak-kanak menangis sering mengundang rasa kurang senang orang ramai. -Gambar hiasanKanak-kanak menangis sering mengundang rasa kurang senang sesetengah individu. -Gambar hiasan

“Kami ulang alik atas urusan kerja, Kelantan ke Kuala Kedah ke Langkawi ke Kuala Kedah ke Pulau Pinang ke Kelantan.

“Nasib tak baik dari Langkawi ke Kuala Kedah isteri demampanas, muntah tak henti, tahan migrain.

“Kalau bayi (menangis) faham, tapi masalahnya besar budaknya siap boleh cakap,” luah seorang lelaki di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN:Nak lelap dalam feri pun susah, budak-budak terpekik sambil berlari… Penumpang geram mak ayah buat ‘bodoh’, ini bukan taman tema!

ARTIKEL BERKAITAN:Sejam anak melalak dalam kafe tapi mak ayah tenang borak dengan kawan… Pelanggan lain siap rakam, ‘playback’ kuat-kuat tetap tak faham

Tambahnya, disebabkan budak tersebut terlalu lama menangis iaitu lebih darisejam, mereka suami isteri berasa tidak selesa.

“Aku dulu kalau buat hal tempat awam habis dah kena cubit tapi budak ni mak bapadia boleh pula’ye sayang, sayang, sayang’.

“Sampai mengganggu satu feri, budak tu diam lepas dapat apa yang dia nak, tu pun lepas sejam lebih menangis dan meraung.

“Kalau anaknya OKU (kelainan upaya) atau bayi kita fahamlah juga tapi ni Alhamdulillah sihat, siap boleh menjawab apa yang dia nak tanpa pelat,” katanya.

Awak belum ada anak. Takut kifarah terkena kat kita.

NETIZEN

Lelaki itu menjelaskan dia tidak berniat mengaibkan sesiapa dalam video yang dimuat naik, malahtidak menunjukkan wajah kanak-kanak itu atau ibu bapanya.

“Memang mak bapasekarang ni berlembut sangat dengan anak ke? Sampai anak pijak kepala, tak nak dengar cakap dan tolong jangan bagi alasan biasalah budak-budak.

“Aku pun pernah budak juga bukannya lahir terus besar gedabak dan dari dia. Budak kena ajar seperti peribahasa melentur buluh biar dari rebungnya,” katanya.

Reaksi netizen

Sebahagian reaksi netizen.

Dia juga meminta ibu bapa yang mempunyai anak kuat tantrum berkongsi tip menangani sikap demikian.

Pandangan itu bagaimanapun dikecam warga maya yang beranggapan suami isteri itu tidak memahami kanak-kanak dan sifat ibu bapa kerana masih belum mempunyai zuriat.

“Baru kahwin eh. Semoga cepat dapat zuriat, nanti awak tahulah situasi yang dihadap mak bapabudak tu.

“Lebih baik diam dari komen apa-apa, sebabnya awak belum ada anak. Takut kifarah terkena kat kita.

“Saya cikgu anak istimewa, maaf saya terasa dengan kenyataan ‘budak tu autisme ke apa’. Kalau dah ‘mild autisme’, ingat tak boleh cakap. Jangan sentuh perkara sensitif,” katanya.

Scroll to Top