RSS Suria

Tiket ‘sold out’, Insomniacks tak rancang tambah hari kedua konsert di Zepp KL

PEMINAT meluahkan rasa hampa apabila tidak dapat menghadiri konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream yang tiketnya sudah habis terjual.

Susulan itu, ramai mendesak kumpulan itu menambah tarikh konsert bagi memenuhi ‘demand’ yang masih tinggi.

Bagaimanapun kata vokalisnya, Iqie atau Syed Mir Iqbal, 28, konsert itu tidak akan ada sebarang penambahan tarikh dan akan mengikut perancangan asal.

Insomniacks kekal dengan perancangan hanya sehari sahaja konsert yang akan dilakukan.

“Memang ramai hantar mesej cakap hampa tak dapat beli tiket. Kami faham perasaan kecewa mereka.

“Tetapi saya ingin maklumkan tiada penambahan hari kedua konsert kami di Kuala Lumpur,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, gitaris Insomniacks iaitu Dan atau Danial Hashim, 28, terharu dengan sambutan luar biasa peminat terhadap konsert sulung mereka.

Jelas Dan, perkara itu membakar semangat mereka untuk memberikan aksi terbaik pada malam konsert itu nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:Insomniacks artis tempatan paling tinggi distrim, kekal sederhana tak kejar populariti

ARTIKEL BERKAITAN:Insomniacks buat lagu ikut suka, syukur selalu bernasib baik

“Kami rasa sangat terharu dan bersyukur. Terus terang, kami tak sangka sambutan akan secepat itu.

“Ia betul-betul membakar semangat kami untuk beri persembahan yang terbaik malam tu.” jelasnya.

Selain Iqie dan Dan, Insomniacks turut dianggotai oleh Wan Arif Iskandar selaku pemain bes.

Konsert Insomniacks: Echoes Of A Dream akan berlangsung di Zepp KL pada 12 Julai depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top