RSS Suria

Sabronzo pilih ‘sorok’ si dia, enggan hal peribadi jadi tatapan umum

MASIH mengunci mulut soal hubungan cinta, anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo enggan mendedahkan lelaki berjaya menawan hatinya.

Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli, 30, berkata, dia memegang prinsip untuk tidak terlalu berkongsi kisah peribadi kerana mahu melindungi keluarga dan orang tersayang.

Kata Sabronzo, sejak mula berkecimpung dalam bidang hiburan, dia tidak pernah mendedahkan tentang kehidupan keluarga dan teman rapatnya.

Sabronzo enggan terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Dia kawan saya dan kami hanya berkawan. Secara umumnya saya seorang sangat menjaga privasi.

“Malah sejak saya berada dalam industri hiburan, saya tidak banyak berkongsi tentang keluarga atau kawan-kawan.

“Saya mahu orang-orang di sekeliling saya dilindungi kerana netizen bukan selalunya berhati baik, saya okay sahaja tetapi saya tidak mahu keluarga serta kenalan saya terkena tempiasnya,” katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN:Hati Sabronzo sudah dimiliki, janji tak tinggalkan Dolla kalau kahwin

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Karier ‘kekasih’ Sabronzo, tuduhan ada hubungan sulit dengan ahli politik fitnah – “Saya tak kenal individu dimaksudkan”

Sabronzo berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharu Dolla berjudul MWA! yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Dalam pada itu, Sabronzo meluahkan rasa terharu kerana ramai mengambil berat tentang kehidupannya termasuk ingin mengetahui mengenai hubungan cinta.

Sejak saya berada dalam industri hiburan, saya tidak banyak berkongsi tentang keluarga atau kawan-kawan.

SABRONZO

PENYANYI

Enggan mengulas lebih lanjut, penyanyi berkenaan berkata dia hanya mahu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap kumpulan Dolla.

“Sebenarnya saya sangat terharu ramai orang peduli tentang kisah peribadi dan kebahagiaan saya.

“Tapi buat masa sekarang tidak ada apa yang serius (hubungan). Sekarang saya hanya mahu fokus 100 peratus pada Dolla.

Sabronzo mahu memberikan fokus terhadap kumpulan Dolla.

“Kalau nak tanya tentang hubungan cinta saya sebenarnya tiada sebarang perkembangan lain pun. Saya mintak maaf, saya harap dapat beritahu anda semua tetapi maaf buat masa ini tiada sebarang komen,” ujarnya.

Sebelum ini, timbul gosip di antara Sabronzo dengan seorang DJ antarabangsa yang dikatakan mereka saling berbalas komen di Instagram.

Menerusi temu bual bersama mStar, Sabronzo bagaimanapun berjanji untuk tidak mengetepikan apatah lagi keluar daripada kumpulan Dolla jika dia benar-benar ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top