RSS Suria

Pesakit katil sebelah sanggup tak tidur malam, bantu susukan bayi… Ibu baru bersalin terhutang budi, tiada daya urus anak sendiri

WANITA yang baru bersalin pastinya berdepan kesukaran untuk menguruskan anak ketika berada di dalam wad tanpa suami di sisi.

Di TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Mimi berkongsi kisahnya yang dipertemukan dengan orang baik ketika dia baru sahaja melahirkan anak.

Menurut Mimi, seorang wanita yang dirawat di dalam wad sama banyak membantunya yang masih tidak stabil pada waktu itu.

Fasa selepas bersalin menjadi cabaran besar terutamanya bagi wanita yang kali pertama bergelar ibu. -Gambar hiasan

“Masa baby tengah nangis sebab lapar susu dan aku sendiri tak berdaya nak bangun, kakak katil sebelah tolong.

“Dia bangun angkatkan anak dan letak dekat sebelah aku. Dan dia suruh beritahu kalau dah siap susukan anak.

“Selepas siap, dia datang dan angkatkan baby aku dan letak dalam katil baby balik,” ceritanya.

Mimi tak pernah jangka Tuhan akan hadirkan kakak di saat Mimi tak berdaya nak buat apa-apa.

MIMI

Menurut Mimi lagi, wanita itu tak pernah jemu membantunya sepanjang beberapa malam dia dirawat di hospital.

Malah katanya, dia sama sekali tidak menyangka akan dipertemukan dengan insan sebaik itu dalam saat-saat memerlukan.

“Setiap malam dia tanya saya apabila dia dengar baby saya menangis. Dia tak tidur kalau aku dan baby belum tidur.

ARTIKEL BERKAITAN:“Nurse pun pandai suruh kangkang je!” – Wanita pertikai doktor lelaki sambut kelahiran bayi, malu kemaluan diseluk

ARTIKEL BERKAITAN:3 kali bersalin, wanita tak sangka keempat paling mendebarkan… Suami jadi bidan terjun sambut anak lahir di rumah

“Terima kasih orang baik. Kalau kakak ada ternampak posting ni, Mimi nak beritahu tak pernah jangka Tuhan akan hadirkan kakak di saat Mimi tak berdaya nak buat apa-apa,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai wanita turut berkongsi kisah mereka yang melalui pengalaman sama ketika berada di hospital.

“Saya warded seorang diri. Allah hadirkan jururawat yang baik. Dia siap gosokkan perut dan pinggang sebab saya memang tak berdaya langsung.

Kakitangan hospital yang baik pastinya dapat menggembirakan wanita yang sedang berperang dengan kesakitan untuk bersalin. -Gambar hiasan

“Rindu nak tolong ‘jiran-jiran’ dalam wad sampai jururawat tegur jangan banyak bergerak sebab baru bersalin. Tapi kita kesian ibu-ibu yang baru bersalin.

“Selama 20 hari saya kena warded sampai tarikh bedah 20 Mei nanti. Dan saya seronok dapat tolong ibu-ibu kat sini. Saya akan berjaga tolong angkat baby bagi kat ibu.

“Sama pengalaman. Pesakit lain tolong tengokkan anak. Saya tak boleh bangun cepat-cepat apabila anak menangis sebab saya bersalin secara pembedahan,” tulis beberapa netizen.

Scroll to Top