TOLERANSI dan bertolak ansur merupakan kunci utama kebahagiaan rumah tangga.
Namun situasi berbeza bagi wanita ini apabila suami dan keluarga mentua mengambil kesempatan atas sikapnya yang baik sertalembut hati.
Menerusi laman X, dia meluahkan kesedihan apabila bantuan sara hidup (MySara) yang diterima daripada kerajaan, digunakan sepenuhnya untuk keperluan dapur keluarga mentua.
“Baru dapat tahu mak mentua aku beli barang guna MySara suami aku punya.
Keluarga bahagia adalah impian setiap pasangan berkahwin. -Gambar hiasan
“Marah sebab rasa suami aku tak berguna, apabila aku suruh beli barang RM1 pun, dia claim balik.
“Sedangkan 90 peratus barang rumah dengan (keperluan) anak, aku yang tanggung… dia cuma bayar Coway saja sebab gaji rendah,” luahnya sayu.
Menurut wanita ini, apayang lebih menyedihkan adalah dia berasa seolah-olah ditipu sepanjang perkahwinan.
Malah perjanjian asal sebelum mendirikan rumah tangga, tidak ditunaikan suaminya.
ARTIKEL BERKAITAN:Tiba-tiba rumah bergelap, terasa panas… Rupanya awal pagi mak mentua tutup suis elektrik! – “Dia marah suami belum bayar bil”
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri letih sara keluarga, tiba masa hidup sendiri… Anggap suami biawak hidup dah mati – “Insurans dia aku tak bayar”
“Rasa kena scam,sebelum kahwindah janji bayar separuh-separuh.
“Tapi selepas kahwin, semua berubah jadi orang lain sedangkan duit setiap bulan dia boleh bagi pada mak dia.
“Dengan isteri, berkira walau seringgit pun,” tambahnya lagi.
Sama macam ayah saya, duit nafkah tak pernah bagi tapi duit dia bagi pada mak dan adik beradik kemudian apa yang dia bayarkan untuk kami, dia minta bayar balik.
WARGA MAYA
Pada masa sama, dia juga meluahkan rasa terkilan dengan sikap ibu mentuanya yang gemar melebihkan adik iparnya.
“Suami aku ada adik yang duduk luar negara, mak mentua memang lebihkan adik dia… duit tak pernah ambil langsung dengan alasan dia ada anak dan duduk jauh.
“Walhal elaun dia sama dengan gaji aku sebulan. Apabila adik ni balik, aku yang kena bayar kalau keluar makan,” ujarnya.
Situasi yang dialami selama enam tahun itu menyebabkan dia mula berkira-kira dengan suami terutama berkaitan pemberian duit raya kepada anak buah.
Warga maya bersimpati dengan nasib wanita ini.
“Keluar makan adik-beradik aku kena tanggung, duit raya anak adik dia pun aku kena bagi, dia bising kalau sikit.
“Kalau hidup dia tak lebihkan keluarga dia, aku tak kisah sangat MySara ni,” katanya yang kecewa dengan sikap suami.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyarankan supaya wanita ini berpisah dengan suaminya demi menjaga kesihatan mental.
“Taat bertempat sis, jangan ikut pergi makan kalau adik ipar tu balik, bukan tanggungjawab awak belanja diaorang makan.
“Sendiri tak mahu bagi, disuruh isteri pula bagi, lelaki tak guna. Minta cerai je.
“Sama macam ayah saya, duit nafkah tak pernah bagi tapi duit dia bagi pada mak dan adik beradik kemudian apa yang dia bayarkan untuk kami, dia minta bayar balik.
“Tanggungjawab suami adalah isteri, bincang dengan suami, kalau rasa tak boleh juga, minta cerai dan doa dipermudahkan urusan,” demikian antara nasihat warga maya.