SATU rakaman memaparkan gelagat sepasang suami isteri warga emas ketika mengunjungi pusat beli-belah mewah The Exchange TRXmencuri perhatian ramai di media sosial.
Dalam video yang dimuat naik sendiri di TikTok menggunakan nama akaun Aki Pejamzali, dia berkongsipoint of view (POV)detik-detik pertama kali menjejakkan kaki ke kompleks beli-belah eksklusif itu.
“Bukan levelkami. Kalau tak kerana nak tukar barang, kami berdua tak datangsini. Anak-anakkata, tak kan ayah nak pergi pakai kain (pelikat).
Pejamzali membawa isterinya menukarkan saiz kasut dibeli menantu.
“Bukan standard kami la walaupun duduk dekat Kuala Lumpur. Saya tengok dekat sinibutik saja. Nak parking pun sesat,” ujarnya ketika berceloteh di dalam video berkenaan.
Tambah menarik, pemilik akaun memilih lagu Tak Kan Hilang nyanyian penyanyi Indonesia, Budi Doremi mengiringi video POV mereka ‘tersesat’ di dalam TRX.
Sambil berjalan, sesekali dia menunjukkan suasana dan keadaan di dalam kompleks beli-belah itu.
Difahamkan, pasangan berkenaan mencari sebuah butik jenama kasut terkenaluntuk menukar sepasang sandal yang dihadiahkan anak-anak.
“Menantu ada belikan sandal untuk isteri saya. Tapi dekat sini saja ada saiz (untuk ditukar),” ujarnya menerangkan tujuan sebenar mereka ke TRX.
ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus dedah pengunjung jadikan mall ‘rumah kedua’! Datang pagi balik malam… OKU, warga emas dihantar keluarga untuk healing
ARTIKEL BERKAITAN:Tengok orang selekeh ke mall, jangan terus ‘judge’! Makin ramai anggap pusat beli belah macam kedai runcit, tak perlu bergaya
Selepas selesai menukar saiz kasut yang dikehendaki, pasangan itu meneruskan POV mereka untuk mencari kenderaan di kawasan parkir sebelum pulang.
“Bye, kami nak balik… cari makan (tempat) lain. Sini tak mampu,” katanya mengakhiri rakaman.
Hingga kini rakaman tersebut meraih hampir 500,000 tontonan dan dihujani ribuan komen dengan ramai netizen meluahkan rasa terharu melihat kejujuran dan sikap merendah diri pasangan berkenaan.
Malah kemesraan dan sikap bersahaja kedua-duanya juga membuatkan netizen begitu terhibur menonton video POV berdurasi lebih tiga minit itu.
Tak apa pakcik, yang muda ni pun masuk TRX nak window shopping je… takmampu nak beli barang mahal.
NETIZEN
Selain itu rata-ratanetizen turut mengakui pernah melalui situasi serupa, termasuk mengalami kesukaran mencari arah dan tempat letak kenderaan di TRX.
“Saya yang muda pun susah nak cari parking. Melainkan masuk ikut Smart Tunnel.
“Jangan kata pakcik, saya pun sesat kalau masuk sini. Tak apa la anggap brisk walk je dalam tu.
“Tak apa pakcik, yang muda ni pun masuk nak window shopping je. Tak mampu nak beli barang mahal,” ujar netizen.
Komen netizen di media sosial.
Lebih menyentuh hati, ada juga yang mengaitkan video ini dengan kenangan bersama arwah bapa masing-masing.
“Rindu arwah ayah. Dulu dia pun suka bercerita macam ni.
“Cara pakcik sebut ‘nak‘ (anak) dekat setiap komen buat hati saya tersentuh.
“Acik ni bukan biasa-biasa. Tengok cermin mata pun dah tahu. Boleh cakap bahasa Inggeris dengan fasih. Cuma seorang yang merendah diri,” luah beberapa netizen.