RSS Suria

Gemar berkaraoke permulaan jadi penyanyi, kawan-kawan puji suara Fattah Amin sedap

SOKONGAN daripada rakan-rakan membuatkan pelakon Fattah Amin mempunyai keyakinan bergelar seorang penyanyi.

Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, pada awalnya nyanyian hanya sekadar hobi namun setiap kali berkunjung ke pusat karaoke, rakan-rakan akan memuji vokalnya.

“Daripada bilik karaoke (asal jadi penyanyi) sebab saya bukanlah belajar menyanyi daripada kecil atau pun memang dah bercita-cita nak jadi penyanyi. Bukan.

“Saya menyanyi sekadar hobi dengan kawan-kawan di pusat karaoke. Lepas tu ni semua punca dari kawan-kawanlah, mereka cakap suara saya okay. Tak tahulah nak ‘kipas’ (bodek) atau ‘sembang’.

Sokongan rakan beri Fattah semangat.

“Mereka suruh saya cuba buat lagu sendiri. Selepas itu saya pun pergi ‘jamming’ dengan kawan-kawan juga. Mereka kata saya boleh menyanyi,” katanya.

Fattah berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual di podcast Borak Selebriti yang dimuat naik di YouTube Sinar FM.

ARTIKEL BERKAITAN:Luahan Fattah Amin buat ramai sebak, percaya anak akan faham keadaan sebenar suatu hari nanti

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat tegur Fattah Amin makin berisi, Amira Othman tolong jawab katanya ‘buff’ sebab main gim

Dalam pada itu, Fattah memberitahu dia cuba merakamkan beberapa buah lagu sehingga mendapat tawaran daripada syarikat rakaman untuk menerbitkan single berjudul Wanita Terakhir.

Kongsi Fattah, dia tidak menyangka lagu tersebut menjadi hit dan membawa namanya dalam industri muzik tanah air.

“Selepas itu kawan saya suruh cuba untuk meramkankan lagu, mereka juga yang tolong ciptakan dan saya ada juga rakam satu dua lagu.

Selain berlakon, Fattah juga berbakat dalam nyanyian.

“Daripada situlah ada syarikat rakaman yang datang approach dan rezeki saya menerusi lagu Wanita Terakhir.

“Saya rasa macam betul ke aku ni boleh menyanyi. Tapi rezeki saya lagu tersebut hit dan orang suka, namun fokus saya bukanlah sebagai seorang penyanyi tetapi mahu lebih kepada lakonan,” ujarnya.

Untuk info, Fattah merakamkan single pertamanya berjudul Wanita Terakhir pada 2017.

Menurut Fattah, lagu berkenaan merupakan hadiah buat peminat atas sokongan luar biasa terhadap kerjaya seninya.

Selain Wanita Terakhir, Fattah turut merakamkan beberapa buah lagu termasuk Paling Sempurna, Wanita Terindah, Cinderella, Lelaki Terakhir dan Bertahan Demi Cinta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top