ISU kaum lelaki atau perempuan lebih banyak melakukan kecurangan dalam hubungan sering dibangkitkandi media sosial.
Seorang peguam syarie, Atikah dalam satu hantaran di X mendedahkan mengenai perilaku curang yang kebanyakannya berlaku disebabkan kaum Hawa sendiri.
Perkara itu dikongsikan selepas berjumpa seorang penyiasat persendirian (private investigator) bagi membincangkan kes yang melibatkan pencarian waris untuk kes faraid.
“Hari ni jumpa private investigator untuk bincang kes klien. Sambil tu sembang la dengan dia.
Curang sering menjadi punca perbalahan dalam rumah tangga. -Gambar hiasan
“Awak ada ambil kes curang ke? Nak intip pasangan curang? Dia jawab ada, banyak sangat kes puan! Hampir 9,000 kes untuk tahun ni saja.
“Terkejut jugalah! Banyaknya. Jadi saya tanya dia, siapa paling banyak curang? Isteri atau suami? Dia jawab sekarang sejak ada media sosial paling ramai curang si isteri,” ujarnya.
Ternyata apa yang didengariAtikah cukup mengejutkan dirinya yang sebelum ini menganggap lelaki lebih ramai selingkuh.
Menurut Atikah, kenyataan penyiasat persendirian itu dianggap boleh dipercayai memandangkan lelaki berkenaan kerap hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi bagi kes melibatkan suami dan isteri.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami suruh isteri ‘resign’, kemudian cerai! Rupanya dah ada wanita lain menunggu, ibu mudah restu sebab bakal menantu berkarier
ARTIKEL BERKAITAN: Suami tak tinggal solat, pandai jaga nafkah batin akhirnya kantoi curang! Isteri cekal hati, rela tolong meminang asalkan jujur
“Sekali lagi saya terkejut! Sejujurnya, memang saya sangka dia akan dapat banyak kes isteri yang minta siasat suami curang ke tidak kan.
“Rupanya dia dapat banyak kes yang suami minta siasat isteri tu curang atau tak. Dan hasil siasatan dia memang si isteri curang. Memang menarik bila dengar macam-macam cerita daripada hasil siasatan dia.
“Sebelum ni tak pernah terfikir nak cari penyiasat untuk kes klien. Sekarang rasanya dah boleh kerjasama dengan mereka untuk dapatkan bukti kes curang bagi kuatkan dakwaan klien,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga pernah berdepan dengan kes kecurangan seorang suami gara-gara hubungan songsang.
Dia bagitau saya, dia pun rasa geli bila siasat.
ATIKAH
PEGUAM SYARIE
“Saya tanya dia kebanyakan memang kes Muslim ke? Dia jawab ya, kes Muslim termasuklah kes suami curang dengan lelaki lain.
“Kes yang dia siasat suaminya adalah gay juga melibatkan si suami itu orang Islam. Dia bagitau saya, dia pun rasa geli bila siasat,” katanya lagi.
Perkongsian peguam tersebut menarik perhatian ramai pelayar di X yang turut memberikanpendapat mereka berhubungmasalah kecurangan.
Komen netizen di X.
Dalam pada itu, seorang warga maya bersetuju dengan kenyataan tersebut namun mempunyai perspektif atau pandangan sendiri mengenai kenapa kaum Hawa cenderung berlaku curang.
“Saya rasa isteri banyak curang sebab suami. Kebanyakan suami curang, mereka jenis tak nak ceraikan isteri.
“Sebab tu isteri jadi curang melalui media sosial sebab perlukan validation (rasa dihargai) daripada orang luar,” komen netizen.