RSS Suria

Pemandu lori cerita detik cemas, bagaimana terlanggar anak gajah sampai terpelanting – “Memang saya lihat dengan jelas”

TRAGEDI menyayat hati melibatkan kematian seekor anak gajah yang dilanggar sebuah lori muatan ayam di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Ahad lalu, mengundang pelbagai reaksi.

Walaupun laporan polis mengesahkan tiada unsur kecuaian berlaku, pemandu lori tersebuttetap tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia yang bersedih atas kejadian itu.

Permohonan maaf itu dizahirkan menerusiseorang TikToker pencinta haiwan, Kakak Raptor yang turut memuat naik video ulasan mengenai kejadian tersebut.

Dalam video itu, Kakak Raptorberkongsi mesej peribadi (DM) yang diterimadaripada pemandu lori berkenaan yang tampil menjelaskan keadaan sebenar kepadanya.

Pemandu lori menceritakan bagaimana anak gajah terperosok di bawah lori dipandu.

Menurut perkongsian pada video Kakak Raptor, pemandu lori itu memberitahu bahawa kejadian berlaku sekitar pukul 2 pagi ketika dia baru sahaja mengambil alih tugas daripada seorang rakan.

Mereka ketika itu dalam perjalanan membawa muatan 360 bakul ayam, dengan beratkira-kira 10 tan.

“Saya sampai di tempat kemalangan tu selepas satu selekoh saya dah nampak seekor gajah berdiri di sebelah kanan jalan sedang makan rumput atau dedaun di tepi besi penghalang sebelah kanan jalan.

“Waktu tu jarak penglihatan dapat dilihat, suasana ada kabus tapi nipis maksudnya. Gajah tu pijak rumput. Memang saya lihat dengan jelas. Saya pun kurangkan kelajuan tanpa memijak pedal minyak,” katanya.

Tambahnya lagi, ketika melalui kawasan itu dia mendakwa memandu sekitar 30 hingga 40 kilometer sejam.

ARTIKEL BERKAITAN:“Ayah saya bukan orang kejam” – Gadis mengaku anak pemandu lori kes langgar gajah rayu henti kecaman

ARTIKEL BERKAITAN:Anak maut dilanggar, terperosok bawah lori… Video ibu gajah setia menunggu sampai hari cerah undang sebak

Namun, tiba-tiba seekor anak gajah meluru keluar dari hutan di sebelah kiri secara mengejut, menyebabkan dia tidak sempat mengelak.

“Anak gajah tu pada awalnya tidak ada di samping gajah tu. Betul-betul (muncul) depan lori, mulut ni hanya sempat sebut nama Allah (saya masih di jalan kiri jalan saya).

“Saya pusing stereng ke kanan tapi masih mengenai (terlanggar) anak gajah tu, brek dan bunyi hentaman kedengaran serentak waktu tu.

“Mungkin waktu tu lori tak laju, anak gajah terpelanting tak jauh. Tapi waktu untuk lori berhenti jadi akan ambil jarak (masa),” jelasnya mengenai kejadian tragis itu.

Bagaimanapun akibat kemalanganitu, lori mengalami beberapa kerosakan termasuk bahagian paip minyak dan sistem brek sehingga menyebabkan enjinterus mati di tengah jalan.

Mungkin waktu lori tak laju, anak gajah terpelanting tak jauh.

PEMANDU LORI

Kejadian itu bukan sahaja mengejutkan dirinya, malah turut menimbulkan kegelisahan dalam kalangan mereka berdua yang berada di dalam lori.

Ia jugamerupakan pengalaman pertama kali berdepan insiden tragis di kawasan berbukit seperti itu sepanjang mereka bertugas.

Susulan insiden itu yang mendapat perhatian meluas di media sosial, ramai pihak pada awalnya menyalahkan pemandu lori.

Namun selepas penjelasan daripada pihak polis dan perkongsian video dari Kakak Raptor, banyak pihak mula memahami situasi sebenar.

“Akak tolong beritahu pemandu lori itu, kami semua minta maaf dekat pemandu lori tu dari hujung rambut sampai kaki.

“Ada orang, kalau dia resah, malu ke apa dia akan gelak. Saya pun macam tu. Bukan sebab kelakar tapi nak kawal emosi sebab saya mudah tersentuh orangnya.

Kakak Raptor mendedahkan mesej yang dikatakan dihantar oleh pemandu lori ayam.

“Tak payah layan la netizen terpaling cintakan haiwan. Kereta langgar lembu boleh pula salahkan pemilik lembu,” demikian antara komennetizen.

Terdahulu, seorang individu mendakwa dirinya anak kepada pemandu lori tampil membuat permohonan maaf kepada orang ramai bagi pihak bapanya.

Menerusi satu hantaran yang dibuat pada Isnin, dia mengakui berasapilumelihat pelbagai kecaman dilemparkan kepadakeluarganya akibat kemalangan tidak terduga itu.

Malah, wanita itujuga turut menafikan dakwaan kononnya bapanya tidak menunjukkan ihsan terhadaptragedidan menyifatkan tuduhan tersebut tidak berasas.

mStar pada Ahad melaporkan seekoranak gajah berusia sekitar lima tahun mati selepas digilis sebuah lori muatan ayam di JRTB Gerik-Jeli, Perak.

Ramai yang tersentuh hati selepas menontonvideo memperlihatkan ibu gajah berkenaan setia berdiri di sebelah bangkai anaknya yang tersepit di bawah lori terbabit.

Ibu gajah itu dianggarkan berusia antara 25 hingga 27 tahun.

Scroll to Top