RSS Suria

Selesai mohon maaf, Luqman Faiz persoal motif Fieya Julia padam gambar bersama

TAMPIL memohon maaf, penyanyi Luqman Faiz menganggap isu dia memberi komen tentang rakan artis, Fieya Julia sudahpun selesai dan tidak perlu dipanjangkan.

Namun kata Luqman atau Luqman Abdul Halim Faiz, 25, dia merasa sedikit terkilan apabila Fieya pula memadam foto mereka bersama di media sosial seolah tidak menerima maaf yang telah dibuat.

“Perkara pertama yang saya lakukan selepas melihat artikel berkenaan keluar, saya terus menghubunginya dan minta maaf kalau dia ada terasa hati.

Luqman tidak mempunyai sebarang masalah dengan Fieya.

Luqman terkilan Fieya memadam gambar mereka di TikTok.

“Tapi saya tengok di TikTok dah tiadagambar dan content bersama. Apa motif diasebenarnya?

“Apamembuatkan saya terkilan, dia cakap semuanya okay selepas saya minta maaf. Jika tidak okay boleh saja terus terang,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Luqman mengulas perkara itu selepas tular temu bual dia bersama media menjawab tentang hubungannya dengan Fieya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ayat ‘dia bukan taste saya’ guris hati Fieya Julia, Luqman Faiz hantar mesej minta maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Luqman Faiz derita gangguan mistik, sering sakit dan menangis tanpa sebab

Mengakui mereka sekadar berkawan, penyanyi ini juga secara spontan menyebut ‘dia bukan taste saya’ merujuk kepada rakannya itu.

Mengakui silap sendiri, Luqman juga menegaskan kenyataan tersebut hanyalah sekadar gurauan.

“Saya dan Fieya memang selalu bergurau. Cuma saya akui silap saya ketika itu. Apabila melihat semula rakaman saya sedar ia memang kasar.

Luqman (kiri) mengakui kenyataan dibuat kepada pihak media agak kasar.

Luqman (kiri) mengakui kenyataan dibuat kepada pihak media agak kasar.

“Tapi saya anggap masalah ini selesai kerana sudah pun minta maaf. Berkenaan kecaman netizen pula saya tidak mahu ambil pusing kerana hal ini antara saya dan Fieya sahaja,” ujarnya.

Sementara itu dalam temu bual bersama mStar, Fieya atau Nur Syafiyah Sejali, 26, berkata, dia percaya Luqman boleh menggunakan ayat lebih berhemah dalam menjawab soalan.

Ujar Fieya, hatinya mungkin tidak terguris jika perkara itu hanya dicakap dalam kalangan rakan-rakan dan bukannya kepada pihak media.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Scroll to Top