BENARLAH ungkapan ‘cinta itu buta’!
Perasaan cinta terhadap seseorang boleh wujud sekelip mata walaupun individu tersebut baru dikenali dantidak diketahui sikap baik atau buruk dirinya.
Seorang wanita meluahkan rasa musykilapabila ada wanita menyatakan kesanggupan berkahwin dengan bapa saudaranya yang sudah berusia.
KWSP berperanan membantu ahlinya pada hari tua. -Gambar hiasan
“Ada perempuan ni nak kahwin dengan pakcik aku. Dia duda tiada anak dah berumur. Si perempuan tu anak dara tua.
“Nak dijadikan cerita la masa pakcik aku sihat mereka rancang nak kahwin dengan hantaran RM5,000.
“Tapi sekarang pakcik aku sakit dengan dua belah kaki kena potong, perempuan tu desak nak kahwin cepat,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:Beli Merc boleh, hantaran 10K ‘nego’ sampai 5K! Wanita batal nikah lelaki kedekut, enggan ‘usik’ simpanan beratus ribu di bank
ARTIKEL BERKAITAN:Gadis ditengking bapa, halang beli gelang emas untuk acara batal air sembahyang guna duit hantaran… Suruh menantu kumpul duit lain!
Dia mengesyaki, desakan itu ada kaitan dengan usia bapa saudaranya yang sudah dibolehkan untuk membuat pengeluaran kali kedua simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Yang aku geram dia punya permintaan melampau sangat. Hantaran naik ke RM10,000, nak batal air sembahyang lipan bara (rantai tangan).
“Dia ingat pakcik aku tu apa? Nak urus diri sendiri pun dah tak boleh, dah tak boleh bekerja. Nak bagi nafkah pun tak mampu,” katanya.
Memang ada perempuan suka sasar lelaki berumur yang hujung nyawa sebab nak harta.
NETIZEN
Katanya, lebih menyakitkan hati sepanjang bapa saudaranya keluar masuk hospital wanita itu tidak pernah melawatnya.
“Aku tak kisah pun kalau dia ikhlas dengan pakcik aku tapi macam entah la dari apa yang dia ni minta aku memang tak boleh terima.
“Korang bayangkan dua hari lepas baru duit KWSP masuk akaun, dah ajak kahwin cepat,” tambahnya.
Wanita itu mendedahkan, sebelum ini bapa saudaranya itu pernah berkahwin lain selepas kematian isteri pertama, namun tidak bertahan lama.
Reaksi netizen
“Dapat duit KWSP umur 50 dan Perkeso arwah bini, kahwin berapa bulan lepas tu cerai. Tapi duit semua tu habis.
“Sekarang ni dah sakit pun masih nak kawin. Kita takut dia kena macam sebelum ni je,” katanya.
Sementara itu, warga maya meminta wanita itu menasihatinya bapa saudaranya supaya berhati-hati dengan wanita yang ingin dikahwininya.
“Dia nak kikis pakcik awak tu, memang ada perempuan suka sasar lelaki berumur yang hujung nyawa sebab nak harta orang.
“Tak logik perempuan zaman sekarang nak laki tua sebab cinta yang ikhlas memang nak kikis la tu berhati-hati,” antara komen netizen.