BENARLAH kata orang, penipuan boleh berlaku di mana-mana dan tidak mengira masa sertamangsa.
Tempat yang kita tidak pernah terfikir akan berlaku penipuan, seperti pusat beli-belah juga sebenarnya tidak selamat dan terdedah kepada risiko ini.
Menerusi satu perkongsian, seorang wanita mendedahkan dirinya menjadi mangsa ‘scammer’ ketika berada di tempat parkir sebuah pusat beli belah terkemuka di Petaling Jaya, Selangor, pada Jumaat lalu.
“Saya berada di dalam kereta, sedang sakit perut yang teruk selepas cirit-birit. Ketikaitu, saya cuba meredakan kesakitan sebelum memandu keluar.
“Kemudian datangseorang lelaki ke kereta. Caranya sangat sopan,dalam keadaan serba salah. Dia cakap, Maaf ganggu cik, saya hilang kunci kereta dan perlukan duit nak naik e-hailing untuk balik ke rumah tapi duit tak cukup. Minta tolong pinjamkan saya RM35,” katanya menceritakan kembali kejadianitu di laman sosial.
Individu terkena cirit birit perlu menghabiskan banyak masa di tandas. -Gambar hiasan
Dalam keadaan menahan sakit perut, dia tetapmembalas pertanyaan lelaki yang tidak dikenali itu dan tergerak hati untukmembantunya.
“Saya cakap, Boleh ke saya cuma bagi awak RM20?.Sebab jujurnya saya nak dia pergi jauh darisaya, sebelum dia terbau busuk (cirit-birit).
“Dia agak terkejut tapi serta-merta cakapTak apa, saya boleh minta RM15 daripada yang lain,” katanya sambil menambah lelaki itu kemudian menunjukkan kod QR ditelefon bimbituntuk pemindahan wang sebanyak RM20 ke akaun banknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita manja jawab ‘call’ bikin scammer tak keruan! Bergetar tulang rusuk sebab ‘sweet’ sangat
ARTIKEL BERKAITAN:Nak solat Maghrib di masjid, lelaki berbaju Melayu buat drama sedih minta ‘transfer’ duit! Wanita tak boleh positif, tutup rapat tingkap kereta
Menurut wanita itu, lelaki berkenaan juga meminta nombor telefonnya bagi tujuan membayar semula wang yang dipinjam tetapi dia menolak.
Keesokan harinya, dia tergerak hatiingin mengetahuisiapakah individu yang berani mendekatinya untuk meminjam wang.
Caranya sangat sopan,dalam keadaan serba salah.
MANGSA ‘SCAMMER’
“Memandangkan itu (kod) QR, nama dia keluar. Dengan hanya carian mudah di Google, keluar satu laman webyang mendedahkan rupanya dia adalah scammer dan menyasarkan mangsadiparkir dengan menjaja kisah sedih,” katanya.
Wanita itu juga tidak menyangka dirinya terpedaya dengan kisah sedih lelaki berkenaan yang sebenarnya digunakan berulang kaliuntuk menipu orang lain.
Semua urusan dan transaksi kini boleh dilakukan di hujung jari. -Gambar hiasan
“Pemakaian dia lebih kasual, ada beg sandang laptop. Rupanya juga dia dah buat ‘kerja’ ni sejak tahun lepas.
“Saya rasa dia cuma tipu babitkan jumlah yang kecil, jadi tiada siapa yang berani untuk membuat laporan terhadapnya.
“Kalau tak kerana saya tengah sakit perut dan mahu dia pergi, sayatempahe-hailing untuk dia dan dia boleh minta bantuan daripada pemandu tu pula,” katanya.
Selain berasa terkilan dengan insiden yang menimpanya, dia juga tidak menyangka menjadi mangsa penipuan ketika sakit.
“Tujuan saya singgah di mall tu sebab nak guna tandas untuk buang air besar. Dalam tandas je saya dah habiskan masa sejam.
“Tapi saya perlu balik ke rumah dan bukannya bermalam di mall, tak sangka pula kena tipu bulat-bulat macam tu,” luahnya.