BAGAI bertemu harta karun, penyanyi dan komposer Edry Abdul Halim tidak menyangka terjumpa dengan beberapa album lama kumpulan KRU ketika berkunjung ke pusat beli-belah Amcorp Mall di Petaling Jaya pada Ahad.
Edry, 48, berkata, keputusan melangkah masuk ke sebuah kedai vintaj menemukannya dengan album KRU dalam bentuk kaset yang sudah tidak lagi dicetak.
Kata Edry, tanpa berfikir panjang dia membeli kesemua album tersebut iaitu reKRUed yang dilancarkan pada 1993, Awas (1994) dan Krumania (1997) untuk dibawa pulang ke Manchester, United Kingdom sebagai kenang-kenangan.
Edry tidak menyangka menjumpai album lama KRU.
“KRU beli kaset lagu sendiri. Jalan-jalan tadi di Amcorp Mall, terjumpa kedai vintaj jual album lama KRU.
“Saya tahu sudah tidak ada lagi kaset yang akan dicetak lagi, jadi saya beli balik nak simpan di Manchester buat kenangan,” katanya.
Edry berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Keputusan bubar bukan gimik, KRU kembali bersatu selepas Edry setuju ulang-alik dari Manchester ke KL
ARTIKEL BERKAITAN:Anak 11 tahun masih tak bercakap, Edry berhijrah ke luar negara
Dalam pada itu, Edry memberitahu album-album berkenaan membawa seribu memori bersama KRU yang tidak boleh diganti semula dengan wang ringgit.
“Klasik album Awas! Masih ada slip borang KRU posse. Sebuah kenangan manis, ia menunjukkan duit boleh dicari tetapi kenangan tak boleh diganti.
“Tak boleh percaya kaset-kaset ini sudah lebih 30 tahun,” ujarnya.
Pada 2018, Edry mengambil keputusan berhijrah ke UK bagi mendapatkan pembelajaran terbaik untuk anak ketiganya iaitu Emery yang menghidap autisme.
Antara album kaset KRU yang masih dijual di kedai vintaj.
Menurut Edry, keputusan itu dibuat selepas anaknya masih belum boleh bercakap walaupun usianya sudah mencecah 10 tahun.
Untuk rekod, KRU dianggotai oleh tiga beradik iaitu Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry memulakan memulakan karier dalam bidang muzik sejak 1992.
Sepanjang penglibatan mereka dalam bidang muzik, KRU mempunyai 14 buah album termasuk Ooh! La! La!, The Way We Jam, Formula Luar Biasa, KRUnisme dan terbaharu album berjudul yang Kaset dilancarkan pada April lalu.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!