DUAwanitaberdepan pengalaman buruk apabila masukke sebuah surau untuk solat gara-gara sikap biadab seorang makcik.
Pengalaman itu diceritakan semula oleh salah seorang daripada merekayang memaklumkan bahawa dia singgah ke surau tersebut bagi menemani rakannya menunaikan solat Asar, namun tidak menyatakan lokasi secara jelas.
Memandangkan rakannya sedang sarat hamil dan keadaannya tidak mengizinkan untuk dia solat seperti jemaah lain, maka dia perlu menggunakan kerusi yang disediakan.
Banyak kemudahan disediakan untuk orang awam di surau. -Gambar hiasan
“Siang tadi berdepandengan seorang makcik yang kurang ajar. Kawan saya sarat hamil lapan bulan, saya temankan dia nak solat Asar.
“Waktu masuk surau, ada satu je kerusi untuk solat. Ada makcik ni tengah duduk dekat kerusi tu. Waktu Asar dah limaminit berlalu selepas masuk waktu azan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.
Melihatkan makcik berkenaan sedang khusyuk menggunakan telefon bimbit, rakannya cuba mendekati wanita berumuritu untuk bertanyakan tentang kerusi yang sedang digunakan.
“Makcik tu tengah duduk sambil scroll TikTok. Jadi, kawan saya pun pergi la bertanya pada makcik tu, dah habis guna ke kerusi tu sebab kami ingat makcik tu dah solat Asar sebab dia main telefon,” ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN:Makcik ‘otai’ masjid berlagak sombong, halau jemaah tengah menyusu anak sebelum waktu berbuka – “Kau pergi hisap tempat lain!”
ARTIKEL BERKAITAN:Solat tak khusyuk sebab ada ‘gangguan’! Wanita pelik pintu surau tak dikunci diketuk kuat berkali-kali dari luar
Tambahnya lagi, walaupun rakannya itu bertanya dengan baik dan lemah-lembut, namun mereka tidak menyangka makcik berkenaan membalasnya dengan kasar.
“Makcik tu tiba-tiba tengking kawan. Dia guna nada tinggi betul dan tak ada adab. Dia cakap ‘Ye nak solat Asar boleh sabar tak? Sabarlah, azan baru je masuk seminit. Azan pun tak habis lagi‘.
“Padahal azan dah lima minit berlalu. Geram sebab kawan saya punyalah sopan, tapi dibalas dengan biadab,” katanya.
Kadang kegunaan kerusi dekat mana-mana surau di tempat awam ni sudah disalah guna.
NETIZEN
Tambahnya, makcik berkenaan sepatutnya boleh membalas pertanyaan rakan dengan baik tanpa menimbulkan isu sehingga mengganggu ketenteraman awam.
“Cakap je la elok-elok ‘Ye saya belum Asar. Nak guna, kejap ye‘.
“Boleh kan? Kenapa tiba-tiba nak biadab. Kasihan kawan saya. Dah la soft spoken budaknya,” katanya.
Setiap jemaah perlu menjaga tingkah laku. -Gambar hiasan
Perkongsian wanita itu ternyata mengejutkan netizen yang tidak menyangka perkara tersebut boleh berlaku di dalam surau selain ramai bersimpati dengan nasib rakannya yang hamil diperlakukan sebegitu.
Merekaberpandangan bahawa setiap jemaah seharusnya berkelakuan sopan di tempat beribadat dan menghormati orang lain yang menggunakan kemudahan sama.
“Kasihan kawan awak yang tengah sarat hamil tu. Patut cik bahasakan (tegur) makcik tu tadi, biar dia tersedar sikit, banyak pula cekadak.
“Kadang kegunaan kerusi dekat mana-mana surau di tempat awam ni sudah disalah guna. Ada tu orang letak tudung la supaya tak berkedut, letak beg la.
“Walaupun tak ada orang tua tapi ada ye keperluan untuk ibu-ibu mengandung guna kerusi jika terlalu sarat bagi dia untuk solat. Bukan untuk orang tua sahaja,” demikian antara komen netizen.